9 March 2012

SBPA BATAL : AKHIRNYA PERJUANGAN RAKYAT BERJAYA!



KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

SBPA BATAL : AKHIRNYA PERJUANGAN RAKYAT BERJAYA!
(8 Mac 2012/ 15 Rabiulakhir 1433)

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)  melihat tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang membatalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) adalah suatu kejayaan rakyat khususnya kakitangan awam dalam memperjuangkan hak mereka. Dalam isu ini, Datuk Seri Najib akhirnya terpaksa mengalah kepada tekanan rakyat yang tidak berpuashati kerana tidak meletakkan kepentingan rakyat bawahan dalam perkara yang membabitkan mereka.

Ia membuktikan bahawa SBPA hanya menguntungkan segelintir golongan tinggi penjawat awam dengan mengenepikan hak penjawat awam bawahan sehingga menimbulkan kemarahan ramai.  DPPM melihat mungkin juga pembatalan SBPA adalah tanda terdesaknya Perdana Menteri dalam meraih simpati rakyat menjelang pilihanraya umum ke 13. Dalam keadaan begini, beliau terpaksa mendengar rungutan banyak pihak dan akur dengan kehendak mereka. DPPM mengingatkan, belum tentu SBPA tidak akan dilaksana jika BN mendapat mandat lagi selepas PRU ke 13 nanti.

Pembatalan SBPA menjadi suatu pengajaran kepada Perdana Menteri dan kerajaan supaya setiap dasar yang melibatkan golongan bawahan, ianya perlu dibincangkan dahulu kepada mereka. Datuk Seri Najib perlu ingat, kakitangan awam adalah golongan yang bekerja membanting tulang membangunkan negara selama ini, tanpa mereka tidak mungkin negara ini setanding dengan negara-negara yang lain. Justeru, wajarlah pandangan penjawat awam ini diambil kira dan diberi perhatian supaya sumbangan mereka benar-benar dihargai.


Disediakan oleh;

RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

No comments:

Post a Comment