4 September 2013

DPP Segambut anjur flashmob bantah kenaikan harga petrol dan diesel

DewanPemuda Pas Segambut, dengan kerjasama Pas Kawasan Segambut telah mengadakan satu flashmob sebagai tanda bantahan dan penerangan kepada rakyat Malaysia, khususnya penduduk Parlimen Segambut, berkaitan dengan kenaikan harga Petrol Ron95 dan diesel sebanyak 20 sen yang dilihat membebankan rakyat Malaysia bermula 3 September 2013.

Dengan mesej yang di tulis dengan tangan di kertas kosong dan banner lebihan, Flashmob ini berjaya menarik perhatian ribuan pengguna jalan raya di Jalan Kuching. Alhamdulillah pihak berkuasa juga memberi kerjasama dengan memastikan keadaan aman dan terjaga.

Ketua Pemuda Pemuda PAS Segambut, Sdr Wan Aidil Mokhtar berkata Flashmob ini diadakan serentak di seluruh negara sebagaimana telah dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Bertitik tolak daripada flashmob ini, DPP Segambut merancang lebih banyak program penerangan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat Segambut mengenai kesan kenaikan ini terhadap kehidupan seharian rakyat Malaysia.







27 August 2013

Sombong Meruntuhkan Jamaah





Idris hj Ahmad
22/8/13

Sombong sifat iblis, tawaduk sifat para Nabi-Nabi. Iblis dihalau daripada syurga kerana sombong dan angkuh tdak mahu menurut Nabi Adam AS. Kerana Adam dijadikan daripada tanah, beliau dijadikan daripada api. Akhirnya iblis dihalau daripada syurga kerana keangkuhannya. Allah merakamkan di dalam al-Quran bermaksud "Allah berfirman) " Apakah yang menghalangmu sehingga kamu tidak bersujud ( kepada Adam) ketika Allah menyurh mu ( iblis) menjawab "aku lebih baik daripada dia. Engkau ciptakan aku dari api , sedangkan dia Engkau ciptakan daripada tanah" Nabi SAW juga memberi amaran bahawa "Tidak akan masuk syurga siapa yang memliliki di dalam hatinya sifat sombong"

Sifat mazmumah ini tidak kenal siapakah individu tersebut, samada dia ulamak atau bukan ulamak, kaya atau miskin, cerdik atau jahil. Penyakit ini meninggalkan kesan yang paling merbahaya kepada individu dan jamaah

Betullah pesanan Nabi kepada kita supaya jangan bersifat sombong. Lebih- lebih lagi kita di dalam jamaah jangan ada sifat sombong dan angkuh terutama sesama ahli dan orang ramai. Sombong sesama ahli akan merenggangkan ukhwah dan melemahkan gerak kerja parti. Tidak ada siapa di dalam jamaah suka kepada individu yang sombong. 

Jika sikap sombong di luar jamaah, lagi parah. Orang sombong sukar untuk didekati, orang tawaduk senang didampingi. Macam mana kita hendak sebarkan pengaruh Pas ke luar jika individu Pas bersikap sombong dengan orang ramai. Islam akan tersebar apabila da'inya tawaduk dan tidak sombong. Siapa hendak dekat dengan kita jika persepsi awal sudah dbentuk sehingga menjauhkan orang ramai dengan dakwah kita.

Kerana sombong akan dipalingkan daripada melihat kebenaran. Firman Allah SWT

" Aku akan memalingkan ( hati) orang-orang yang sombong dan takabbur dimuka bumi dengan tiada alasan yang benar" ( al-A'raf:146)

Nauzubillah, moga terhindar kita daripada penyakit ini kerana bimbang kebenaran dilindungi dengan takabbur. Perkara inilah yang paling ditakuti keraa ia boleh membawa kepada kemurkaan Allah. 

Sombong berpunca daripada dirinya merasa lebih daripada sahabat seperjuangan dan meninggikan dirinya ke atas mereka. 

Merasakan dirinya sempurna, orang lain semuanya lemah dan kurang. Seolah-olah dirinya tidak ada cacat cela.

Jika di dalam mesyuarat memaksa pandangan beliau diterima. Jika ahli mesyuarat menolak ia tetap berdegil dengan pandangannya. Sebarang pandangan ahli mesyuarat diperlekeh begitu sahaja.

Bangga dengan keilmuan dan kepetahannya. Menjatuhkan maruah dan darjat orang lain dengan ungkapan yang tidak sedap di dengar. 

Tidak suka bergaul dengan orang yang tidak setaraf dengan beliau. Bersikap memilih kawan yang tertentu. Orang kenamaan dan kaya menjadi pilihan.

Sukar untuk menegur orang lain, walaupun dia kenal individu tersebut. 

Berjalan di dalam keadaan sombong dan bongkak, seolah-olah dunia dia yang punya.

Oleh itulah di dalam manhaj usrah Pas menitik berat soal penyakit sombong, supaya penyakit ini tidak menular di dalam jamaah. Ia amat merbahaya kepada jamaah. Meliarkan orang daripada Pas, ia bukan menjinakkan orang ramai. Penekanan sudut in amat penting kepada setiap individu, terutama mereka yang bergeelar pemimpin. Godaan iblis amat kuat kepada mereka yang bergelar pemimpin. 

Cara hendak merawat penyakit ini

1. Sering muhasabah diri, kerana ini lebih tepat. Kita sendiri yang lebih mengetahui daripada orang lain tentang kelemahan dan kekuatan diri.

2.Banyak membaca kisah- kisah Nabi dan Sahabat yang bersikap tawaduk walaupun mereka adalah orang terpilih di atas dunia ini.

3.Mengetahui hakikat tawaduk dan bahayanya penyakit sombong.

4. Menginsafi diri jika kita merasa diri kita hebat, ada lagi orang lain lebih hebat daripada kita. 

5. Jauhlah diri daripada berkawan dengan orang yang berpewatakan sombong, kerana ia akan mempengaruhi cara hidup kita.

6. Lihatlah ahli-ahli Pas diperingkat bawah, mereka ikhlas dan mempunyai jiwa yang besar walaupun mereka ini manusia yang tidak dikenali di bumi tetapi dikenali di langit. Janganlah kita sombong dengan mereka. Kadang- kadang kehebatan kita kerana hasil pengorbanan yang mereka lakukan untuk Pas.

7. Pergiatkan tarbiah fardiah melebihi daripada tarbiah secara berjamaah. Kerana tarbiah fardiah ia berterusan tanpa perlu menunggu program yang diatur oleh parti

8. Railah kelemahan sahabat yang bekerja di dalam jamaah, bukan mengherdik dan mencerca mereka jika sedikit kesilapan yang dilakukan.

Kesipulannya tidak layak kita di dalam jamaah bersifat sombong. Ini bukan akhlak Islam yang diajar oleh Nabi kita Muhammad SAW. Sifat ini merugikan jamaah dan individu itu sendiri.

Kita perlu berusaha untuk membersihkan diri dari penyakit tadi, bahkan mereka juga berkewajipan mengambil langkah-lankah perlu bagi melindungi dirinya. Seandainya perkara ini diabaikan dan tidak diubati maka sudah pasti ia akan bersarang di dalam diri, sehingga sukar untuk diubati.

Mengapa anak muda tidak patriotik???

Mengapa anak muda Malaysia tidak patriotik?? Di manakah "dicurahkan" semangat patriotisme mereka??? mungkinkah jawapannya di sini??






Persoalan seterusnya adalah............

Siapa PUNCANYA???

Renung-renungkan, selamat beramal!

Multaqa Ulama' 914 : Ulama' Haraki Teraju Kemenangan


Multaqa Ulama' 914 : 
Ulama' Haraki Teraju Kemenangan.

1. Saya sangat gembira melihat perkembangan ini. Jelasnya ulama' yang melibatkan diri dengan Gerakan Islam [PAS] ini mestilah aktif dan meletakkan diri mereka sebagai penggerak utama segala aktiviti Amal Islami ke arah mendaulatkan Islam dan menobatkan gerakan perjuangannya. Justeru inilah tanggungjawab dan amanah penting yang digalaskan oleh al Mustafa saw ke atas bahu ummatnya yang berilmu sebagai pewaris mutlak untuk meneruskan perjuangan Islam ini merentas zaman.

2. Amanah ilmu yang sedia terpikul dipundak mereka turut mewajibkan para alim ulama' ini berada di medan perjuangan, memimpin ummah mendepani cabaran dan ancaman musuh Allah swt. Ulama' sayugianya menjadi benteng kukuh mempertahankan kesucian Islam dan gerakan perjuangannya agar tidak tembus dan tiris dek serangan pelbagai anasir negatif yang mahu merosakkan jamaah dan meretakkan hubungan sesama pejuangnya. 

3. Sifat ulama' yang diredhai oleh Allah swt. antaranya ialah Haraki. Sifat ini mengeluarkan mereka dari kelompok yang mengaku ulama' namun jumud dan beku. Sifat Haraki turut membebaskan para alim ulama' dari kumpulan mereka yang mengaku ulama' namun hidup dan aktiviti rutinnya tidak melandasi Manhaj Islam yang telah diwariskan oleh Nabi saw. 

4. Ulama' Haraki inilah yang mahu kita lahirkan dalam PAS, guna menggerakkan bahtera perjuangan ini menepati hala tuju asas yang digariskan oleh Nabi saw ke arah mencapai keredhaan Allah swt. Ulama' Haraki ialah Ulama' yang bertolak dari kekuatan aqidah, ilmu dan peribadi justeru selayaknya mereka adalah :

~ Ulama' yang pantas menyahut seruan perjuangan tanpa lengah dan beralasan.

~ Ulama' yang tangkas menepis segala da'ayah yang merosakkan Islam dan jamaahnya.

~ Ulama' yang gagah meredah halangan mendepani cabaran luaran dan dalaman.

~ Ulama' yang peka menangani isu semasa dan menyelesaikannya dengan ilmu dan petunjuk Islam.

~ Ulama' yang berani menjuarai gerakkerja pembelaan aqidah, fikrah dan syakhsiyah.

~ Ulama' yang kental menghadapi fitnah lantas membersihkannya dengan tegas dan wibawa.

~ Ulama' yang cekal mengharungi karenah ummah lalu membimbing tangan mereka.

~ Ulama' yang mesra menjalani kehidupan bersama masyarakat dan bersifat inklusif.

~ Ulama' yang pro aktif dan sedia menguasai ruang terbuka selain markas, masjid dan surau.

~ Ulama' yang senantiasa memelihara kesolehan peribadi agar menjadi qudwah sepanjang masa.

5. Iklim politik tanahair kita hari ini kian kelam dan ditambah pula indeks sosial yang semakin parah ekoran suburnya aktiviti mungkar dalam negara kita. Pastinya ulama' tidak boleh berpada dengan kuliah maghrib dan khutbah jumaat semata - mata kerana itu menghadkan interaksi ulama' hanya dengan 'regular customers' sedang mereka yang terjebak dalam pelbagai kancah mungkar ini sebahagian besar mereka tidak pernah pun menjejak kaki ke tangga masjid dan surau, apa lagi markaz PAS.

6. Ulama' hari ini mesti mampu berdaya saing dalam mengurus dan mengatur tindakan menangani keperluan dan tuntutan zaman, agar ulama' dilihat pro aktif, kreatif, responsif dan agerasif dalam gerakkerja mereka dengan menepati sempadan dan batas akhlak serta manhaj an nabawi. Antara tuntutan dan keperluan zaman hari ini, ialah masyarakat mahu ulama' kita adalah ulama' kontemporary dan mudah didampingi sebagai konsultant am untuk menyelesaikan pelbagai masaalah yang dihadapi oleh mereka dalam kehidupan seharian.

7. Tegasnya, ulama' kita mesti bangkit ! inilah masanya bagi membuktikan bahawa ulama' bukan lagi kelompok belasahan yang boleh diherdik, dipertikai, dipersenda, dicatur, diperalat dan dipermainkan kewibawaan diri serta ilmu yang dimiliki. Ulama' mesti keluar dari zon selesa untuk melihat cabaran sebenar yang sedang dihadapi oleh ummat dan Gerakan Islam masa kini. Ulama' jua mestilah berpadu tenaga dan fikrah bagi mengembeling kekuatan untuk mempertahankan Islam dan gerakannya dari pelbagai anasir yang cuba untuk merobek dari segenap arah.

8. Sampai bila ulama' - ulama' kita mahu bersifat defensive berdepan dengan 1001 helah bermadah dari musuh - musuh Allah swt. ? Lihat bagaimana ulama' di Mesir kini telah bangkit menggerakkan kesedaran rakyat dan memimpin pergerakkan mereka menentang kudeta yang zalim dan kejam. Ambillah contoh dari keberanian mereka menongkah cabaran. Namun jangan terlewat untuk bangkit. Jangan tunggu tergadah baru nak menadah. Bangkit sekarang untuk mengembalikan izzah Islam, menerajui perjuangan bergandingan dengan tokoh - tokoh profesional yang komited dengan perjuangan Islam jua para aktivis yang mukhlisin bagi menempa kemenangan bergaya buat islam.

9. Saya mengharapkan Multaqa Ulama' yang akan berlangsung pada 14 September 2013 ini akan menjadi turning point untuk menyemarakkan kebangkitan ulama' - ulama' Islam yang haraki sifatnya guna mendokong amanah perjuangan. Seimbang dan sepadu dengan kemaraan tokoh - tokoh profesional yang tidak dinafikan peranan dan sumbangan besar mereka terhadap perjuangan Islam serta diperkaya pula dengan kehadiran aktivis yang sedia sejuk berhujan dan panas berjemur demi memikul bersama amanah Islam yang berat ini.

10. Sayugianya lah Multaqa Ulama' menjadi nilai tambah kepada kekuatan Gerakan Islam [PAS] dan sekaligus menggerunkan musuh Allah swt dengan bangkitnya para alim ulama' seiring sejalan dengan tokoh profesional dan aktivis yang komited dengan manhaj perjuangan Islam yang kita dokong bersama. Maka , tunggu apa lagi ? saya kira Multaqa Ulama' yang akan diadakan di Kompleks PAS Kedah Batu 9, Kota Sarang Semut itu perlu dihadiri oleh alim ulama' kita khasnya ulama' - ulama' muda. Saya menganggap ini adalah program lanjutan dari Xpresi Ulama' Muda Haraki yang pernah dianjurkan oleh DPPM sebelum ini. 

[ Terdahulu Dewan Pemuda PAS Malaysia telah menganjurkan Xpresi Hijau Anak Muda di seluruh negara dan ianya telah dihadiri oleh puluhan ribu anak muda dari seluruh negara dan sebahagian besar mereka ialah aktivis. Berikutan itu, DPP Malaysia menganjurkan 2 kali Himpunan Xpresi Profesional Muda yang turut dihadiri oleh tokoh - tokoh profesional muda dari pelbagai bidang kemahiran untuk mereka bergerak selangkah kaki dan sehayun tangan dengan para alim ulama dan aktivis parti. 

Insyaallah pada 4,5 dan 6 Oktober akan datang, DPPM pula akan menganjurkan salah satu aktiviti tahunannya iaitu IJTIMAK TARBAWI 3.0 di Pagoh Johor ]

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Majlis Sambutan Aidilfitri dan Perasmian Pusat Khidmat Masyarakat PAS & Pakatan Rakyat, Kg Sungai Penchala



Semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini

21 August 2013

Mesyuarat Agong Dewan Pemuda Pas Kawasan Segambut kali ke -13


XPDC Dakwah Pemuda PAS Bukan Perkara Baru



 
 
Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

1. Seperti yang dijangka, pasti akan ada pihak yang mengeluarkan kata-kata pedas, sinis dan tidak keruan apabila Pemuda PAS membuat kenyataan membantah konsert Metalica yang akan berlangsung kurang daripada tempoh 24 jam daripada sekarang.

2. Selain yang bersetuju dengan bantahan ini, ada sebahagian yang tidak selari dengan sikap Pemuda PAS yang sering dilihat tidak mahu menerima kehendak sekumpulan manusia yang mahukan hiburan mengikut kesesuaian mereka.

3. Sudah pasti, peminat setia kumpulan Rock Metalica sejak berzaman ini akan menolak 'stand' Pemuda PAS dan tidak akan berganjak untuk melihat kumpulan kesayangan mereka ini menjejakkan kaki untuk kali pertama di Malaysia.


4. Ada wartawan dan orang-perseorangan yang menghubungi saya apakah semasa konsert tersebut Pemuda PAS akan membuat kacau, mengadakan demonstrasi atau bertindak untuk menghalang konsert tersebut daripada berlangsung?

5. Saya jelaskan bahawa XPDC Dakwah adalah sebahagaian daripada aktiviti Pemuda PAS yang telah dilaksanakan sejak lebih lapan tahun yang lalu. Ia adalah sebagai alternatif Pemuda PAS memberi kesedaran kepada rakyat terhadap isu yang berkaitan dengan sebab XPDC Dakwah itu diadakan.

6. Dengan menaip 'XPDC Dakwah Pemuda PAS' di dalam carian Google, anda akan menjumpai pelbagai XPDC yang telah dijalankan selama ini. XPDC Dakwah sempena Tahun Baru, XPDC Dakwah sempena Malam Kemerdekaan, XPDC Dakwah sempena Konsert, XPDC Dakwah sempena Velentine's Day dan pelbagai lagi XPDC dan setiap XPDC ini akan ada risalah khas kepada pengunjung untuk bacaan mereka.

7. Oleh kerana itu, tidaklah perlu takut dengan XPDC Dakwah ini kerana ia adalah pendekatan Pemuda PAS yang telah lama dilaksanakan di serata negara.

8. Kerana itu, saya menjemput anak-anak muda untuk turut serta di dalam XPDC ini bagi merasainya sendiri sebuah XPDC berkonsepkan dakwah.

9. Ada satu soalan yang ditanya oleh wartawan kepada saya, apakah risalah yang akan diedarkan dalam XPDC Dakwah sempena Konsert Metalica? Jawapan saya, tunggu kami di perkarangan Stadium Merdeka nanti.

Sekian, wassalam.


21 March 2013

Kubur runtuh: Penduduk tunggu tindakan Jawi


Kubur runtuh: Penduduk tunggu tindakan Jawi





KUALA LUMPUR: Anak kepada jenazah yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sri Bangkong, Batu 5, Jalan Ipoh, dekat sini sedih apabila melihat kubur arwah ibu dan ayahnya runtuh akibat hakisan.



Tujuh kubur tersebut runtuh akibat hakisan ekoran projek pembinaan pangsapuri berserta lot perniagaan dan tempat letak kereta.


Runtuhan sedalam kira-kira lima meter itu, berlaku pada Khamis lalu dan disedari penggali kubur, Jaafar Hussin.



Jumaah Ramli, anak kepada jenazah yang kuburnya runtuh terkejut apabila melihat keadaan kubur arwah ibu dan bapanya sewaktu melawat tanak perkuburan pada Sabtu lalu.

Menurutnya, arwah ibu dan ayahnya disemadikan di tanah perkuburan tersebut sejak lima tahun yang lalu.

Beliau berkata, timbul sedikit kerisauan apabila projek kondominium itu berjalan kerana kubur ibu dan ayahnya terletak di tebing.



"Saya terkejut tengok keadaan kubur ibu dan ayah saya dalam keadaan macam ni.



"Perkara ni tak sepatutnya berlaku sebab melibatkan jenazah orang yang dah meninggal. Cuba fikirkan bagaimana perasaan waris yang melihat," katanya.

Jaafar pula berkata, apa yang dikesalkan adalah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) tidak turun sendiri melihat keadaan kubur dan tidak mengambil apa-apa tindakan walaupun perkara ini telahj diadukan lama.

"Saya mahu pihak Jawi dan pengerusi masjid turun sendiri lihat keadaan kubur yang runtuh ni.



"Jangan duduk di pejabat sahaja kerana kubur merupakan tempat yang harus dipelihara sebaik mungkin," luahnya kesal.

Sementara itu, PAS Kawasan Segambut mahu Jawi mengambil tindakan segera dan berurusan dengan pihak pemaju bagi menyelesaikan masalah ini.

"Kita mahu Jawi ambil tindakan segera, berurusan dengan pihak pemaju untuk urusan pemindahan kubur," kata Setiausahanya, Wan Shafareen Wan Abdul Halim.

Menurut surat yang dikemukakan pemaju kepada pihak Jawi, sebanyak 17 kubur memasuki lot kawasan pembinaan.



Pihak pemaju telah membuat langkah-langkah keselamatan seperti penghadang cerucuk besi sementara, namun runtuhan tanah tetap berlaku.
- Rujukan artikal Harakah Daily


13 January 2013

Tahniah. Himpunan Kebangkitan Rakyat berjaya dengan aman dan lancar

 Amal Segambut di Sinar Harian hari ini 13 Jan 2013
Sesi berambar di KLCC park
 
 Peserta berkumpul di KLCC

 Mengawal peserta Royalti Kelantan dan Terennganu di barisan hadapan



Catat sejarah. Anggaran hampir 1 juta org yang hadir








 Prihatin.. Unit sedang membersihkan kawasan sekitar stadium