27 August 2011

PERUTUSAN HARI RAYA KETUA PEMUDA DPP KAWASAN SEGAMBUT




Assalamualaikum WBT Sahabatku Pemuda Islam,

Aidilfitri bakal kunjung tiba, menandakan Ramadhan hampir berlalu pergi meninggalkan kita. Ramadhan berasal daripada perkataan ”ramda” bermaksud panas atau hampir membakar. Moga-moga Ramadhan telah membakar dosa-dosa yang pernah kita lakukan selama ini insya Allah.

Ramadhan merangsang sekurang-kurangnya 2 deria iaitu deria rasa melalui lidah dan melihat melalui mata. Bukankah 2 deria inilah antara jalan untuk mengetuk hati kita seterusnya mengingati Allah SWT? Bagaimana boleh berlaku?

Begini wahai sahabatku pemuda. Ketika berpuasa, lidah kita dikekang daripada merasa makanan dan minuman mengakibatkan lapar dan dahaga. Saat yang paling indah ialah ketika kita berbuka puasa kerana dapat merasai betapa nikmatnya makanan dan minuman. Ketika inilah hati kita akan tersentuh seterusnya mengingati pemberi nikmat rasa ini iaitu Allah SWT. Dalam bulan Ramadhan, mata kita juga dilatih untuk tidak melihat maksiat, sebaliknya lihatlah perkara yang baik-baik seperti melihat pemandangan indah, orang-orang miskin, wajah ibu bapa dan lain-lain. Ketika inilah hati kita akan tersentuh melahirkan rasa cinta kepada Allah SWT dan kasih sayang sesama insan.

Setelah tamat mengharungi madrasah tarbiyah Ramadhan ini, diharapkan menjadikan kita insan sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW, insan yang suci bersih seperti bayi yang baru dilahirkan ke dunia. Dengan ini, barulah menjadikan Aidilfitri yang bakal kita sambut suatu yang sangat bermakna sesuai dengan pengertiannya iaitu perayaan fitrah.

Ayuh pemuda !!! Marilah kita sama-sama membakar semangat dan menanam azam baru untuk terus bersama berganding bahu dalam mendaulatkan agama Allah di muka bumi ini, sebagai bukti hati yang sentiasa mengasihi Nya. 

Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin !!!

Wassalam.

Ketua Pemuda DPPK Segambut
27 Ramadhan 1432H / 27 Ogos 2011.

22 August 2011

Ziarah Saudara Baru DPPk Segambut

encik hamzah bersama keluarga
Pada 21 Ogos 2011 (semalam) Pemuda PAS Segambut telah menziarahi dan memberi sumbangan ramadhan kepada keluarga En Hamzah Abdullah di Sungai Plong. En Hamzah yang telah mememluk Islam sejak lima tahun menyara hidup keluarga beliau dengan mencari besi buruk dan barangan terpakai. Dengan anak seramai 6 orang, mereka menjalani kehidupan dengan simpati jiran dan masyarakat berdekatan. Wajah ceria terpampar di saat kami mengunjungi rumah beliau. En Hamzah walaupun dalam keadaan kesusahan namun masih cekal dengan sikap jujur dan tidak menyembunyikan beberapa bantuan yang diperoleh melalui nama anak-anak beliau tetapi masih belum mencukupi untuk menampung kehidupan mereka. Selain dari sumbangan oleh pemuda PAS Segambut, sumbangan dari Kelab TKO juga disampaikan oleh wakil kelab. Pemuda Pas memandang pengorbanan besar oleh EN Hamzah sebagai seorang bapa kepada anak-anaknya yang memberi satu hadiah paling bermakna untuk anak-anak mereka iaitu membawa mereka kedalam agama yang suci ini. Namun atas tanggungjawab kita sebagai muslim untuk membantu mereka yang dalam kesusahan.
 
suasana di dalam rumah saudara hamzah
 
sumbangan disampaikan oleh saudara kamarul anuar bagi mewakili DPPk Segambut
suasana sekitar rumah
bermesra bersama wakil DPPk Segambut dan penyumbang yang juga merupakan ahli PAS Kawasan Segambut
En Hamzah menceritakan impian beliau untuk lebih maju dan berdikari di mana ingin mendapatkan pinjaman sebanyak rm5000 untuk lebih serius dalam bidang memperoses bahan kitar semula secara lebih terurus dan dapat dijual dengan harga yang lebih tinggi bagi menampung kehidupan mereka sekeluarga.

Berbuka Sambil Beramal Bersama PAS Cawangan Sg. Penchala


berbuka sambil beramal. begitulah konsep yang diketengahkan oleh PAS Cawangan Sg. Penchala bersempena majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan hari raya semalam. majlis ini telah berjaya diadakan dengan bantuan dan kerjasama dari ahli PAS cawangan Sg. Pencahala yang juga merupakan tuan rumah kpd program tersebut, Encik Rahimi. majlis ini bertujuan untuk meraikan tenaga pengajar PASTI, anak-anak yatim, OKU, saudara baru, anak-anak tahfiz dan juga golongan yang kurang berkemampuan untuk persiapan aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi. seramai 75 orang penerima telah menerima bantuan berupa wang ringgit. majlis ini telah dimulakan kira-kira jam 6.45 petang, dimulai dengan ucapan perasmian dan taujihat dari YDP PAS Kawasan Segambut, Ustaz Anuar Mat dan diteruskan dengan penyampaian sumbangan hari raya oleh YDP sendiri dan tuan rumah.
adik kecil gembira dapat duit raya =)

Ketua PAS Cawangan TTDI, Haji Razak sebagai wakil bagi pihak yg tidak hadir

saudara baru..

pengetua sekolah tahfiz kemboja

sumbangan kpd ibu tunggal..

selepas selesai berbuka puasa dan menunaikan solat fardhu maghrib berjemaah, majlis telah diteruskan lagi dengan tazkirah yang telah disampaikan oleh Ustaz Azman Shapawi, bekas TKP DPP Malaysia. tazkirah yang disampaikan berkisar mengenai mujahadah di 10 akhir ramadhan.

tazkirah oleh al-fadhil ustz azman shapawi
selepas tazkirah yg disampaikan oleh ustz azman, majlis diteruskan lagi dengan solat fardhu maghrib, tarawih dan witir secara berjemaah. sebelum para hadirin dijamu dengan jamuan moreh, para tetamu sekali lagi diberikan pengisian rohani melalui tazkirah oleh ustz Adha, ketua lajnah tarbiyah DPPWP.


alhamdulillah, program pada hari ini berjalan mengikut perancangan tanpa sebarang masalah. PAS Kawasan Segambut, melalui tenaga di peringkat cawangan dan dewan-dewan akan terus berusaha menyampaikan dakwah islami melalui program-program penerangan dan kebajikan pada masa akan datang, insya-Allah.

20 August 2011

Jawatankuasa Reformasi Pilihanraya Untuk Ganti & Lebarkan Sayap JK Khas Parlimen.


Kenyataan Perdana Menteri untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen untuk reformasi pilihan raya merupakan kajayaan besar himpunan 9 Julai Bersih 2.0, yang telah berjaya mengadakan bantahan besar-besaran secara aman serta membongkar dan menyedarkan rakyat tentang beberapa penyelewengan yang berlaku dalam sistem pilihanraya di Malaysia.
 
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang juga sepatutnya badan pelaksana kepada sistem pilihanraya yang bersih dan adil telah menjadi sasaran utama pembongkaran hari ke hari yang mencerminkan kelemahan perjalanan sistem pilihanraya di negara ini.
 
Hasil pembongkaran demi pembongkaran yang membayangkan satu konspirasi yang seolah-olah terancang antara SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), terutamanya dalam soal pengundi hantu, nama bertindih, pengundi warga asing, pengundi tanpa rekod di JPN sehingga kini masih tidak dapat dijawab oleh pihak-pihak bertanggungjawab.
 
Pembongkaran tersebut telah juga mewujudkan satu keadaan saling nafi-menafi antara SPR dan JPN, ditambah pula pengubahan data JPN dan SPR dengan sewenang-wenangnya menjadikan keyakinan rakyat jelata kepada ketelusan, kebersihan dan keadilan sistem pilihanraya semakin runtuh.
 
Semua ini ditambah pula tekanan daripada pihak Pakatan Rakyat (PR) yang menuntut satu sidang parlimen khas untuk membahas isu menjual kewarganegaraan untuk undi, akhirnya sedikit-sebanyak memaksa Perdana Menteri untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen ini.
 
Namun, apa yang menjadi persoalan utama ialah keanggotaan jawatankuasa ini, bilamana Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz mengumumkan bahawa ianya akan diketuai oleh seorang menteri, lima ahli parlimen BN, tiga dari PR dan seorang bebas.
 
Tidak dinafikan rata-rata rakyat harapkan jawatankuasa ini akan berjaya mengemukakan satu cadangan konkrit bagi membentuk satu sistem pilihanraya yang bersih dan adil, tapi sebelum itu jawatankuasa ini mestilah ditubuhkan secara seimbang dan adil supaya tidak didominasi mana-mana pihak, pihak pemerintah mahupun pembangkang.
 
Bayangkan lebih separuh daripada anggota dan ketua jawatankuasa ini terdiri daripada manusia-manusia yang merasakan sistem pilihanraya negara ini selama 54 tahun yang lepas adalah bersih, adil dan bebas, apa yang boleh rakyat harapkan daripada jawatankuasa khas ini?
 
Tanpa penglibatan secara terus Bersih 2.0 dan juga badan-badan NGO yang lain beserta juga penghinaan terbaru Nazri terhadap Bersih 2.0 yang mendapat sokongan ramai rakyat jelata, apabila beliau menyoal secara angkuh, “Siapa Bersih?” – susah untuk rakyat untuk menerima bahawa penubuhan jawatankuasa ini sebagai satu tindakan ikhlas daripada Barisan Nasional untuk memulihkan semula sistem pilihanraya negara yang tempang ini
 
Sebab itulah, satu perubahan terhadap penubuhan jawatankuasa khas parlimen ini harus dibuat agar semua pihak boleh berpuas hati dengan keputusan pencariannya nanti.
 
Sehubungan dengan hasrat besar itu, di sini dicadangkan supaya jawatankuasa yang ditubuhkan ini bukanlah berbentuk jawatankuasa khas parlimen, kerana dalam bentuk ini, ianya akan menyekat keanggotaan pihak lain, seperti Bersih 2.0 dan rakyat biasa yang juga penting dalam proses pembaikan ini.
 
Dicadangkan jawatankuasa ini dinamakan sebagai Jawatankuasa Khas Reformasi Pilihanraya bagi memberi ruang keanggotaannya lebih terbuka dengan penyertaan pelbagai pihak yang mempunyai kepentingan dalam sistem demokrasi berparlimen ini.
 
Dengan melebarkan sayap jawatankuasa ini, maka keanggotaannya lebih terbuka  bukan hanya kepada parti- parti politik bahkan ianya boleh disertai bersama oleh badan-badan NGO, Majlis Peguam, dan beberapa individu yang mewakili rakyat biasa yang difikirkan sesuai dan layak.
 
Perkara yang paling penting dalam penubuhan jawatankuasa khas ini ialah badan ini mestilah diyakini mampu membuat perubahan kepada sistem pilihanraya yang lebih bersih dan adil. Sekiranya ia gagal meyakinkan masyarakat, maka ianya tiada makna ditubuhkan jawatankuasa sedemikian.  
 
Oleh itu, dicadangkan di sini, agar keanggotaan jawatankuasa ini dirombak menjadi 12 orang, dengan 3 ahli parti pemerintah, 3 ahli daripada pembangkang, 3 ahli NGO, satu wakil SPR dan satu wakil JPN dan pengerusi yang dilantik oleh jawatankuasa terbabit mestilah seseorang yang diterima baik dan diyakini oleh semua lapisan rakyat sebagai seorang yang adil dan tegas dalam isu reformasi pilihanraya, seperti wakil dari Bersih 2.0 dan juga Suhakam.

Jawatankuasa ini mestilah diberi tempoh segera, sekurang-kurangnya tiga ke enam bulan bagi menyiapkan cadangan untuk dibahas dan diluluskan di peringkat parlimen. Fokus utama jawatankuasa ini ialah mewujudkan dan mengembalikan keyakinan rakyat kepada sistem pilihanraya di negara ini.
 
Memandangkan kredibiliti SPR dan JPN kini berada pada tahap yang amat meragukan dan sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan sebagai menghormati hak pengundi-pengundi yang berdaulat, sepatutnya pilihanraya umum tidak perlu dilaksanakan selagi penambahbaikan sistem pilihanraya ini belum dipulihkan.



Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat

12 August 2011

Kenyataan Media : Double Voting Melibatkan Ahli UMNO


Kenyataan Media
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Jumaat 12hb Ogos 2011

Apakah UMNO Terlibat Dalam Manipulasi Pilihanraya ?

Dewan Pemuda PAS Malaysia berjaya mendapatkan bukti bahawa terdapat unsur-unsur manipulasi dalam pilihanraya yang mungkin melibatkan UMNO. Pendedahan yang telah dibuat sebelum ini terdapat dua individu yang 99% sama indentitinya dan hanya dibezakan dengan beberapa nombor kad pengenalan sahaja. Dua identiti ini sangat mencurigakan. 

Bukti pertama :



Dua identiti  MOHD BAHAR BIN OMAR hanyalah dibezakan dengan nombor 5 dan nombor 8 di dua digit terakhir nombor kad pengenalan mereka. Salah satu identiti ini adalah mustahil wujud di alam nyata.  

Identiti  MOHD BAHAR BIN OMAR yang mempunyai no kad pengenalan 800105025489  adalah ahli UMNO seperti butiran di bawah :
  • Nama                              : MOHD BAHAR BIN OMAR
  • No Kad Pengenalan           : 800105025489
  • No. Ahli  UMNO                : 02914008
  • Negeri                             : K – KEDAH
  • Bahagian                         : 018 - KULIM-BANDAR BAHARU
  • DUN                                : 01835 – KULIM
  • Cawangan                        : 01835029 - JALAN JUNJUNG

MOHD BAHAR BIN OMAR adalah ahli Pemuda UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu, Kedah. Identiti kedua MOHD BAHAR BIN OMAR yang mempunyai nombor kad pengenalan 800105025459 adalah pengundi hantu.
  
Bukti Kedua :


Dua identiti  FATEN DIANA BINTI HASSAN hanyalah dibezakan dengan nombor 5 dan nombor 8 di digit ke empat nombor kad pengenalan mereka. Salah satu identiti ini adalah mustahil wujud di alam nyata.  

Identiti  FATEN DIANA BINTI HASSAN yang mempunyai no kad pengenalan 810822035400  adalah ahli UMNO seperti butiran di bawah :
  • Nama                              : FATEN DIANA BINTI HASSAN
  • No Kad Pengenalan           : 810822035400
  • No. Ahli UMNO                  : 03252506
  • Negeri                             : D – KELANTAN
  • Bahagian                         : 019 – TUMPAT
  • DUN                                : 01902 – KELABORAN
  • Cawangan                        : 01902021 - DALAM RHU PANTAI

FATEN DIANA BINTI HASSAN adalah ahli Puteri UMNO Bahagian Tumpat, Kelantan. Identiti kedua FATEN DIANA BINTI HASSAN yang mempunyai nombor kad pengenalan 810522035400 adalah pengundi hantu.

Bukti Ketiga :



Dua identiti  SHARINA BINTI MAT ARIF hanyalah dibezakan dengan nombor 7 dan nombor 9 di digit ke enam nombor kad pengenalan mereka. Salah satu identiti ini adalah mustahil wujud di alam nyata.

Identiti  SHARINA BINTI MAT ARIF  yang mempunyai no kad pengenalan 800727095094  adalah ahli UMNO seperti butiran di bawah :
  • Nama                                          : SHARINA BINTI MAT ARIFF
  • No Kad Pengenalan                       : 800727095094
  • No. Ahli UMNO                              : 02999301
  • Negeri                                         : R – PERLIS
  • Bahagian                                     : 001 - PADANG BESAR
  • DUN                                            : 00105 – SANTAN
  • Cawangan                                    : 00105010 - KAMPONG PETAL

SHARINA BINTI MAT ARIF adalah ahli Puteri UMNO Bahagian Padang Besar, Perlis. Identiti kedua SHARINA BINTI MAT ARIF yang mempunyai nombor kad pengenalan 800729095094 adalah pengundi hantu.

Pemuda UMNO dan Puteri UMNO di atas berkemungkinan menggundi dua kali dengan menyakinkan Ketua Tempat mengundi (KTM) menggunakan keadah-keadah berikut :
  1. Menggunakan kad pengenalan palsu atau;
  2. Menggunakan lesen kenderaan palsu atau;
  3. Menggunakan kad pengenalan asli tetapi tetap dibenarkan menggundi kerana kesalahan kecil atau ;
  4. Menggunakan borang 11 untuk membuat akuan diri atau
  5. Mengunakan keadah-keadah yang difikirkan sesuai ditempat mengundi.

Bukti-bukti di atas seolah-olah membuktikan bahawa UMNO terlibat dalam manipulasi pilihanraya di negara ini. Pemuda PAS Malaysia mendesak Perdana Menteri selaku Presiden UMNO membuat penjelasan berkenaan penemuan bukti Dewan Pemuda PAS Malaysia ini. Tidak mungkin ini satu kebetulan kerana data-data yang kita miliki terlalu banyak. Tiga bukti yang diberikan ini hanyalah contoh untuk membuktikan bahawa perkara ini benar-benar berlaku. 

Jika Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin menuduh isu Mismah ciptaan pembangkang maka saya ingin bertanya manipulasi pilihanraya ini ciptaan siapa?


SUHAIZAN BIN KAIAT
PENGERUSI  PEMULIHAN DEMOKRASI  & MOBILISASI PEMUDA PAS MALAYSIA
KETUA PEMUDA PAS NEGERI JOHOR

4 August 2011

99 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman

 

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;

02. Sabar apabila mendapat kesulitan;

03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;

04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;

05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;

06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;

07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;

08. Jangan usil dengan kekayaan orang;

09. Jangan hasad dan iri atas kesuksessan orang;

10. Jangan sombong kalau memperoleh kesuksessan;

11. Jangan tamak kepada harta;

12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan;

13. Jangan hancur karena kezaliman;

14. Jangan goyah karena fitnah;

15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.

16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;

17. Jangan sakiti ayah dan ibu;

18. Jangan usir orang yang meminta-minta;

19. Jangan sakiti anak yatim;

20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;

21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;

22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);

23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu;

24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;

25. Biasakan shalat malam;

26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;

27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;

28. Sayangi dan santuni fakir miskin;

29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;

30. Jangan marah berlebih-lebihan;

31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;

32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah;

33. Berlatihlah konsentrasi pikiran;

34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila karena sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;

35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;

36. Jangan percaya ramalan manusia;

37. Jangan terlampau takut miskin;

38. Hormatilah setiap orang;

39. Jangan terlampau takut kepada manusia;

40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;

41. Berlakulah adil dalam segala urusan;

42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;

43. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;

44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;

45. Perbanyakkan silaturrahim;

46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;

47. Bicaralah secukupnya;

48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;

49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;

50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;

51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;

52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;

53. Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan tidak berlebihan;

54. Hormatilah kepada guru dan ulama;

55. Sering-sering bershalawat kepada nabi;

56. Cintai keluarga Nabi saw;

57. Jangan terlalu banyak hutang;

58. Jangan terlampau mudah berjanji;

59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;

60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti bercakap-cakap yang tidak berguna;

61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;

62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;

63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;

64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;

65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;

66. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan pendiriannya;

67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;

68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan

69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan.

70. Jangan melukai hati orang lain;

71. Jangan membiasakan berkata dusta;

72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;

73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;

74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;

75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita

76. Jangan membuka aib orang lain;

77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita;


78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;

79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;

80. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya;

81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara;

82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;

83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;

84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;

85. Hargai prestasi dan pemberian orang;

86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan;

87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.

88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita;

89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fisikal atau mental kita menjadi terganggu;

90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;

91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;

92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;

93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya;

94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;

95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;

96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;

97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;

98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan;

99. Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang.


"YANG MUDA PERLUKAN PANDUAN DAN YANG LAMA HARUS MEMIMPIN..KEARAH KEPIMPINAN UMMAH RAKYAT MALAYSIA"
~Dewan Pemuda Pas Segambut

2 August 2011

pilihan raya olok-olok : jadikan ia realiti!


portal berita the malaysian insider semalam melaporkan bahawa, keputusan pilihan raya olok-olok yang telah diadakan oleh BN menunjukkan bahawa bn boleh kehilangan Perak dan Negeri Sembilan di tangan Pakatan Rakyat (PR) dan kehilangan beberapa kerusi (mungkin lebih) yang dimenangi mereka di beberapa buah negeri. melihat kpd laporan ini, portal berita rasmi PAS, harakahdaily.net melaporkan bahawa pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Husain melahirkan keyakinan bahawa PR akan memberikan saingan yang sangat sengit kpd BN pada PRU ke 13 nanti. melihat kepada senario politik tanah air pada masa kini, DPPk Segambut berpandangan bahawa keputusan pilihan raya olol-olok itu ada asasnya berdasarkan beberapa isu seperti :

1.tuntutan BERSIH 2.0
di dalam perhimpunan yang lalu, NGO BERSIH 2.0  telah mengemukakan 8 tuntutan bagi mereformasikan kepincangan sistem pilihan raya Malaysia pada masa kini yang terbukti penuh dengan penipuan dan penyelewengan.malangnya, tuntutan-tuntutan tersebut bukan sahaja dibakul sampahkan oleh kerajaan dan SPR, malah mengakibatkan seorang peserta himpunan aman BERSIH 2.0 pada 9/7 yang lalu meninggal dunia.

2.penahanan 6 orang aktivis PSM di bawah ordinan darurat.
penahanan 6 orang aktivis PSM di bawah ordinan darurat, yang kononnya disebabkan ingin menghidupkan kembali fahaman komunis di Malaysia, bukan sahaja dibantah oleh ahli politik, bahkan oleh NGO sendiri spt GMI (Gerakan Mansuhkan ISA) yang akhirnya membuatkan mereka dilepaskan dari tahanan.melalui tangkapan ini, kerajaan masih belum belajar bahawa rakyat benci kpd kerajaan yang menyalahgunakan kuasa dan undang-undang untuk kepentingan politik mereka.umno-bn perlu dihukum!

3.penyelewangan daftar pengundi.
isu ini semakin hari semakin melarat.para pendatang dan penduduk yang berstatus PR (Permanent Residence) telah diberikan kelayakan mengundi melalui penyelewengan yang dilakukan oleh umno-bn melalui kerjasama JPN (Jabatan Pendaftaran Negara), KDN dan SPR. yang terbaru, portal berita malaysiakini.com melaporkan bahawa pendedahan mereka pada sebelah pagi berkaitan seorang pengundi yang berstatus PR telah menjadi seorang warganegara penuh pada sebelah petang!hal ini bukan sahaja merbahaya utk keselamatan negara, bahkan mencemarkan kedaulatan negara apabila status kewarganegaraan diberikan sewenang-wenangnya!

4.isu pembinaan kilang nadir bumi oleh Lynas corp.
nampaknya umno-bn masih hendak memekakkan telinga mereka dengan memperjudikan keselamatan rakyat Malaysia umumnya dan rakyat di Gebeng,Pahang khususnya. pembinaan kilang nadir bumi ini bukan sahaja dibantah oleh rakyat tempatan itu sendiri, bahkan seluruh rakyat Malaysia bangkit melahirkan bantahan mereka, terutama dari golongan muda.isu kebocoran nuklear di kilang nadir bumi di Bukit Merah suatu masa dahulu sepatutnya menjadi pengajaran kpd umno-bn, tetapi mereka dengan angkuhnya menolak bantahan rakyat demi wang dan kemewahan!

isu-isu di atas hanyalah sedikit daripada isu-isu yang besar di Malaysia pada masa kini. namun DPPk Segambut yakin, isu-isu ini sahaja sudah cukup membuka mata hati rakyat Malaysia untuk menolak umno-bn pada masa akan datang. DPPk Segambut menyeru kpd seluruh pengundi, ayuhlah kita bersama menolak kepimpinan umno-bn yang penuh dengan penyelewengan pada PRU 13 nanti! jadikanlah keputusan pilihan raya olok-olok bn itu satu kenyataan demi generasi akan datang!wang pembayar cukai bukanlah untuk membayar cincin permata rosmah yang berharga 28 juta! allahuakbar!

Perutusan Ramadhan 1432 oleh Ketua DPP Malaysia



1. Ramadhan adalah bulan yang penuh kemuliaan justeru itu, muliakan diri kita dengan menyertai Amal Islami lantas memperjuangkannya agar ia tegak di dalam diri kita dan tegak juga di atas tanahair kita, serta hiasi diri dengan akhlak Islami seperti tawadhu', ikhlas dan ramah.

2. Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan, justeru itu hindarkan diri kita dari kancah maksiat dan mungkar yang menghakis keberkatan sebaliknya meriahkan hari - hai kita bersama Ramadhan dengan pesta ibadah. Banyakkan Ibadah, kurangkan juadah dan lazimkan bersedekah.

3. Ramadhan adalah bulan yang penuh keampunan, justeru itu dekatkan diri kepada Allah, munajat dan beristighfar memohon keampunan sehingga diri kita tenang dan optimis untuk menggalas amanah perjuangan ini tanpa dihambat oleh bayang dosa dan noda.

4. Ramadhan adalah bulan yang penuh kerahmatan, justeru itu bina kasih sayang berteraskan ukhuwwah Fillah sesama kita, hargai mereka yang tidak bernasib baik, santuni mereka yang jahil, didik mereka yang liar, bimbing mereka yang tersasar dari jalan kebenaran. Jangan banyakkan musuh sebaliknya kita adalah Duta Penyelamat dan Kasih sayang.

5. Ramadhan adalah bulan Jihad atau bulan perjuangan. Justeru itu, jangan biarkan diri terus dikongkong nafsu. Bebaskan diri dari lingkaran syahwah dan bangkit dengan semangat Badar al Kubra untuk terus menjulang panji perjuangan Islam ini dengan tabah, yakin dan istiqamah.

6. Ramadhan adalah bulan Al Quran. Justeru itu, marilah kita membaca al Quran dan mengkhatamkannya di bulan Ramadhan ini serta dalam masa yang sama, kita fahami, hayati dan laksanakan kandungan al Quranul Karim sehingga politik kita, ekonomi kita, sosial kita berada di antara helaian - helaian al Quran sebagai kitab petunjuk dari Allah Azza wa Jalla.

7. Ramadhan adalah bulan Takaaful. Justeru itu, jangan dilupa pada yang miskin juga pada yang tiada memiliki apa - apa. Banyakkan menganjur majlis berbuka puasa [ Maaidatur Rahman ] untuk mengundang fakir miskin, anak - anak yatim dan insan yang memerlukan berbuka puasa.

8. Ramadhan adalah bulan zikir [ mengingati Allah ]. Justeru itu, jangan kering bibir melainkan banyak berselawat, bertasbih dan bertahmid mengingati Allah dan banyakkan solat sunnat di waktu malam seperti Terawih dan witir, demikian juga melazimi majlis -majlis ilmu untuk mengingatkan kita kepada amanah beragama dan tanggungjawab memperjuangkannya.

9.Ramadhan adalah bulan Puasa. Justeru itu, tahan diri dari makan dan minum di siang hari. Jua tahan diri dari melakukan perkara yang keji dan dicela syara'. Jaga kesihatan dengan baik dan amalkan gaya hidup sihat. Syukuri segala nikmat kurniaan Allah, jangan tamak dan rakus menjamu nafsu.

10. Ramadhan adalah bulan Taqwa. Justeru itu, tunduk dan patuhlah kepada semua perintah Allah dan meninggalkan apa jua yang telah dilarang oleh Allah swt. Taqwa senjata yang paling berkesan untuk menghadapi apa jua bentuk konspirasi musuh yang menentang Islam. Tanpa taqwa, objektif ramadhan gagal dicapai dan ramadhan kita tahun ini sia - sia. Taqwa adalah KPI kepada Madrasah Ramadhan yang kita sertai ini.

Nasrudin bin Hassan
Airport Antarabangsa Kuwait.
2.0 Ramadhan 1432

1 August 2011

Bukankah Fahaman UMNO Lebih Bahaya Daripada Wahabi?


Keghairahan UMNO melalui agensi Majis Keselamatan Negara (MKN) membuat tuduhan mengaitkan Wahabi dengan pengganas bukanlah sesuatu yang baik untuk negara.
 
Wahabi yang diasaskan oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab mempunyai perbezaan dalam perkara furu', bukan soal penafian prinsip Islam. Kerana itu, ia diterima dan dianuti oleh kerajaan Arab Saudi dan beberapa negara lain.
 
Arab Saudi, sekurang-kurangnya telah melaksanakan hukum hudud, Qisas dan Takzir, akan tetapi Malaysia masih terkial-kial mencari formula mengatasi masalah jenayah dalam negara.

UMNO dalam sejarahnya pernah mengeluarkan kenyataan yang menghina hukum syarak, memperlekehkan sunnah nabi, menganggap negara akan mundur kalau melaksanakan Islam, bahkan lebih teruk dari itu, ada sebilangan pemimpin UMNO pernah menanggap politik suku agama suku.
 
Fahaman sekular yang dianuti oleh sebahagian pimpinan tertinggi menyebabkan Islam hanya ditadbir sebagai satu jabatan, bukan sebagai satu sistem kehidupan manusia.

Bukankah ini bukti fahaman UMNO yang berdasar sistem pragmatisme sebenarnya jauh lebih bahaya dari Wahabi?

Tuduhan mengaitkan beberapa tokoh agama dengan pengganas bukanlah perkara baru, bahkan ianya selaras dengan anggapan Amerika Syarikat terhadap gerakan Islam.
 
Cuma yang agak menghairankan bilamana ulamak Muda UMNO juga tergolong senarai pengganas.
 
Apakah Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengenakan mereka di bawah Ordinan darurat, sebagaimana nasib enam aktivitis PSM yang sehingga kini rakyat tidak tahu apa jenis ancaman yang mereka bawa kerana menyokong Bersih 2.0? 
 
 
 
Kerana kalau benar ulama muda Umno ini ada kaitan dengan pengganas, bukankah ia sudah pasti menjadi ancaman kepada keselamatan negara?

Sehubungan itu, saya bersetuju dengan pandangan bekas mufti, Dr Asri Zainul Abidin agar 40 ulama muda Umno ini menyemak kembali penyertaan mereka dalam UMNO.
 
Tidak terfikirkah bahawa apabila ulamak Umno pun dicop sebagai pengganas, bukankah ini bermaksud pemimpin mereka lebih hebat lagi?
 
Tapi, apa yang hairannya, inilah Umno. Bagi mereka, kerja lanun merompak wang negara dengan membunuh karear politik musuh dalaman atau luaran mereka adalah satu kerja yang halal dan wajib dilaksanakan asalkan kuasa politik mereka terjaga.
 
 
 
Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat