21 October 2011

Persidangan ICT & Media Baru 2011 akan diadakan pada 22 Oktober 2011


bertempat di KUIZM, Taman Melewar Gombak Selangor. Semua peserta yang terlibat dijemput hadir. Ianya akan dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS.




************************************************************


Peserta

1. Jawatankuasa Lajnah Penerangan PAS Pusat.

2. Ahli Jawatankuasa ICT PAS Pusat.

3. Jawatankuasa ICT, JK Media Baru dan Jawatankuasa Penerangan Dewan-Dewan PAS Pusat.

4. JK ICT, JK Media Baru dan JK Penerangan Perhubungan PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan.

5. JK ICT, JK Media Baru dan JK Penerangan Dewen-Dewan PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan.

6. Ketua dan Setiausaha Penerangan PAS Kawasan-Kawasan

7. Ketua dan Setiausaha ICT PAS Kawasan-Kawasan.

8. Webmaster dan Facebooker Pimpinan PAS Kawasan-Kawasan (jika ada).


************************************************************


Aturcara Program
8.30 pagi - Pendaftaran para peserta
9.00 pagi - Aluan Pengarah Program
9.10 pagi - Ucaptama : “ICT dan Media Baru – Revolusi Teknologi Maklumat Menghadapi PRU ke-13”
Oleh: Ustaz Ghani Samsuddin, Pengerusi Lajnah ICT PAS Pusat
9.45 pagi - Kertas Kerja 1 : ”Kesepaduan ICT dan Pengurusan Maklumat Media Baru dalam memperkasakan Penerangan”
Oleh YB Dr Mohamad Fadzli Dato’ Haji Hassan, Exco ICT Kerajaan Negeri Kelantan
10.15 pagi - Kertas Kerja 2 : “Mobilisasi Media Sosial Dalam Mempengaruhi Generasi Muda”
Oleh YB Dr Ismail Salleh, Exco ICT Kerajaan Negeri Kedah
10.45 pagi - Kertas Kerja 3 : “Transformasi Media – Pengalaman Harakah Dari Media Cetak kepada Media Baru”
Oleh YB Dr Kamaruddin Jaafar, Pengarah Urusan Harakah
11.15 pagi - Soal jawab bersama pembentang kertas kerja

12.00 tengahari - Amanat Tok Guru dan Perasmian Persidangan ICT & Media Baru
oleh Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan
1.00 tengahari - Solat Zohor / Makan Tengahari

2.00 Petang - Persembahan Multimedia Sketsa IT & Perkongsian Halatuju IT
2.15 petang - Panel Diskusi ICT dan Media Baru :
1. Ahmad Lutfi Othman, Ketua Pengarang Harakah
2. Professor Dr Azmuddin Ibrahim (UniSel)
3. Moderator : YB Drs Khalil Idham Lim (Cina Islam)
4.00 petang - Resolusi Persidangan ICT & Media Baru 2011
4.30 petang - Penutup oleh
YB. Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
- Bersurai

No comments:

Post a Comment