12 January 2012

Rayuan Kes Anwar Memang Dijangka?



pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim [DSAI] drpd tuduhan meliwat sememangnya agak mengejutkan ramai pihak di Malaysia. keputusan pembebasan itu serba sedikit mendatangkan satu tanggapan bahawa "mahkamah di Malaysia sudah semakin berani menegakkan keadilan." tulisan ini bukanlah utk mempertikaikan, apatah lagi mempersoalkan kreadibiliti sistem kehakiman di Malaysia. namun memandang kepada kes-kes mahkamah yang melibatkan isu BN-PR sebelum ini, saya merasakan perlu ada sedikit ulasan supaya para penyokong PR tidak termakan dengan "taktik-taktik" sebegini, apatah lagi dengan bahang PRU-13 yang semakin kuat.


keputusan mahkamah tinggi...satu strategi?

seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, pembebasan DSAI drpd tuduhan meliwat telah mendatangkan satu persepsi dalam kalangan rakyat Malaysia mengenai sistem kehakiman negara kita. namun begitu, masih terdapat beberapa pihak yang beranggapan bahawa keputusan mahkamah tinggi merupakan satu strategi yang lebih berkesan utk menyekat kemaraan PR dan DSAI itu sendiri. kemenangan di mahkamah tinggi sebenarnya bukanlah sesuatu yang patut diraikan sepenuhnya kerana sistem kehakiman kita masih terdapat 2 mahkamah yang lebih tinggi, iaitu mahkamah rayuan dan persekutuan. masih ingatkah kita kes Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin, bekan MB Perak yang digulingkan secara tidak terhormat oleh UMNO-BN? DS Nizar telah kalah di peringkat mahkamah tinggi, menang di peringkat rayuan, namun jatuh kembali di peringkat persekutuan.....yang lebih menarik...keputusan menggantung keputusan yang dikeluarkan oleh mahkamah rayuan dikeluarkan hanya dalam masa 24 jam! [sangat2 singkat!] mungkin kita masih ingat, apakah persepsi kebanyakan pihak, terutama penyokong PR sendiri terhadap "keadilan mahkamah" kita. namun apabila DS Nizar kalah di peringkat persekutuan, pimpinan dan penyokong PR ditempelak oleh BN disebabkan sikap "pusing 360 darjah" PR terhadap sistem kehakiman negara.

perlian, lakonan BN

sejurus pembebasan DSAI diumumkan, pimpinan-pimpinan BN dari umno, gerakan dan lain-lain, termasuk DS Najib yang baru pulang dari lawatannya menyerang dan menempelak PR di atas "tuduhan-tuduhan yang tidak berasas" yang dilemparkan terhadap BN dan sistem kehakiman negara.sebagai contoh DS Najib menyebut "Keputusan hari ini sekali lagi menunjukkan bahawa di sebalik apa yang telah didakwa, sistem kehakiman Malaysia adalah sebuah institusi bebas di mana baik politik mahupun ahli politik mempunyai sebarang pengaruh berhubung pelaksanaan keadilan," [sumber] DS Rais juga mengambil peluang menunjukkan "ketokohannya" "Penghakiman sudah diputuskan...dengan itu sah badan kehakiman negara ini mempunyai reputasi dan pendirian yang boleh disetarafkan dengan keputusan kehakiman negara maju berasaskan kepada 'rule of law' atau keunggulan undang-undang,"[sumber] disamping itu, GERAKAN juga menganbil peluang yang sama menyerang PR melalui tmbln presidennya, "Pakatan Rakyat digesa memohon maaf ekoran kenyataan "liar, palsu dan tidak berasas" terhadap badan kehakiman dan kerajaan berhubung kes tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini." [sumber] kenyataan-kenyataan seperti ini seharusnya segera dihidu supaya kita terlalu teruja dgn strategi BN sehingga memerangkap kita sendiri.

rayuan bapa saiful, peguam negara merayu

semalam, portal berita Malaysiakini melaporkan bahawa bapa kepada pengadu, saiful bukhari  telah merayu kepada peguam negara utk merayu kes ini ke peringkat rayuan, disamping bercadang utk mengambil tindakan sivil bagi "memaksa" peguam negara membawa kes tersebut ke peringkat yang lebih tinggi. hari ini pula, Malaysiakini turut melaporkan bahawa pejabat peguam negara, melalui Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden akan membuat rayuan ke atas keputusan kehakiman di mahkamah tinggi Isnin lalu. portal berita tersebut dipetik melaporkan bahawa "keputusan membuat rayuan dibuat setelah mengkaji semua bukti berhubung kes berkenaan. Mohd Yusof juga dilaporkan berkata cadangan berkenaan akan dikemukakan kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tidak lama lagi supaya rayuan boleh difailkan dalam tempoh 10 hari." ganjil? pelik? tidak, ia bukan sesuatu yang pelik kerana kemungkinan wujudnya unsur-unsur strategi politik di dalam penghakiman kes ini ada logiknya.

anwar ke penjara?

kemungkinan ini sangat tinggi.seperti yang telah dijelaskan di awal tadi, keputusan di mahkamah tinggi berkemungkinan adalah suatu percaturan BN utk mendatangkan persepsi terhadap rakyat Malaysia bahawa sistem kehakiman negara kita "bersih" dan prinsip pengasingan kuasa yang diamalkan dalam negara-negara demokrasi berjalan dengan baik. maka atas dasar itu, adalah sangat dianjurkan kpd para pendokong dan penyokong PR dan DSAI sendiri khususnya, jangan kita terlalu cepat bergembira dengan keputusan ini. kemungkinan utk keputusan ini dibatalkan oleh mahkamah yang lebih tinggi masih ada asasnya.Dewan Pemuda PAS kawasan Segambut menyeru supaya jangan kita berhenti berdoa supaya Allah swt merencatkan dan mematahkan rancangan-rancangan jahat mereka terhadap rakyat Malaysia.firman Allah swt :

وَمَكَرُوا وَمَكَرَ اللَّهُ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ

mereka merancang, Allah juga merancang. sesungguhnya Allah ialah sebaik-baik perancang
[ali-imran (3) : 54]

No comments:

Post a Comment