29 June 2012

PEMUDA PAS KE ARAH MEMENANGI PILIHANRAYA KE-13

artikel asal : tarbawi.my

Muwaajahah Silmiyyah (pendekatan secara aman) yang dipilih oleh PAS melalui ijtihad para alim ulama'-nya telah meletakkan PAS satu-satunya Gerakan Islam yang mendaftarkan partinya sebagai sebuah parti politik untuk menyertai saingan pilihanraya ke arah menguasai, mentadbir dan memerintah negara secara demokratik. Kaedah asas yang masyhur digunakan oleh PAS untuk menyertai piliharaya adalah :

"Sesuatu perkara yang tidak sempurna sebuah kewajiban melainkan dengannya maka perkara itu juga hukumnya wajib."

Berjuang untuk menegak dan mendaulatkan Islam adalah menjadi kewajipan setiap individu umat Islam. Sebagaimana firman Allah Taala :

"Dan berjuanglah menentang mereka (musuh Allah) sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) jadilah cara dan gaya hidup itu milik Allah Taala. Kemudian jika mereka menghentikan permusuhan, maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim." - Surah al Baqarah:193

Menyertai pilihanraya dan bekerja untuk memenanginya adalah sebuah perjuangan suci untuk memastikan Islam dan segala hukum syariatnya dapat ditegak dan didaulatkan di atas tanahair kita. Justeru itu pilihanraya adalah sebahagian dari ibadah yang membuka peluang setiap petugasnya meraih pahala daripada Allah Taala asal sahaja ia ikhlas dalam setiap gerak tindaknya.

Hadis Abi Asya'ri R.H bahawa seorang lelaki badawi mendatangi Nabi S.A.W lantas bertanya (bermaksud), "Wahai Rasulullah S.A.W, seseorang berjuang supaya memperolehi harta ghanimah, ada yang berjuang supaya namanya disebut-sebut, ada yang berjuang supaya dilihat kedudukannya, maka siapakah yang benar (ikhlas) berjuang di jalan Allah (fi sabilillah). Maka Nabi S.A.W menjawab, "Barangsiapa yang berjuang untuk meninggikan kalimah Allah Taala maka dialah pejuang di Jalan Allah." - Muttafaq A'laih

Memahami Konsep Dan Falsafah Pilihanraya

Pilihanraya adalah medan untuk kita memilih dan menobatkan pemimpin negara sama ada bagi peringkat Dewan Undangan Negeri atau Parlimen. Semua parti yang menyertai pilihanraya akan menawarkan pemimpin mereka untuk dipilih atau diundi oleh rakyat yang layak (pengundi) semasa pilihanraya berlangsung. Kemenangan sesebuah parti atau gabungannya dengan penguasaan dua pertiga atau simple majority membolehkan parti tersebut membentuk kerajaan. Tanpa menang sekurang-kurangnya dengan simple majority, kerajaan tidak boleh dibentuk.

Justeru itu, kaedah pilihanraya sangat berbeza dengan kaedah perang atau kaedah gerila sebagaimana berlaku dinegara-negara lain yang berorientasikan tangkap dan bunuh musuh. Sebaliknya pilihanraya adalah satu medan-juang untuk menawan, mempengaruhi dan memenangi hati pengundi seramai mungkin agar memberi sokongan kepada parti yang bertanding lalu diterjemahkan dengan undi yang dilakukan pada hari pengundian dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Pilihanraya di negara kita mempunyai tempoh kempen rasmi dan tidak rasmi bagi membolehkan pekerja parti mendekati pengundi lantas menjelaskan risalah perjuangan masing-masing dan berusaha memaut sokongan pengundi tersebut. Setiap petugas parti selayaknya memahami tanggungjawab dan peranan mereka untuk bertindak sesuai dengan dua tempoh tersebut.
  • Tempoh rasmi yang dimaksudkan ialah tempoh yang bermula dari hari penamaan calon hinggalah ke hari pembuangan undi.
  • Tempoh tidak rasmi pula ialah bermula dari hari pengisytiharan keputusan pilihanraya umum hinggalah ke hari penamaan calon untuk pilihanraya umum yang berikutnya.

Latar Belakang Pilihanraya Umum Ke-13

Pilihanraya umum ke-13 kelak berpotensi untuk menyaksikan jumlah pengundi dari kalangan generasi muda akan mencapai lebih 7 juta orang dan ini menepati sekitar 50% dari keseluruhan pengundi berdaftar. Pilihanraya ini juga berlangsung di saat UMNO dan BN melakukan pelbagai terma transformasi dalam pelbagai lapangan pula termasuk politik dan ekonomi. Sejauh mana ia mencapai kejayaan menjadi satu persoalan, sementara projek transformasi tersebut menjadi harapan rakyat kepada UMNO dan BN dan ini pula menjadi satu lagi persoalan yang harus didepani oleh kita.

Tarikh pilihanraya umum ke-13 yang masih menjadi teka-teki , apakah ia akan dilangsungkan sebelum atau selepas proses reformasi pilihanraya dilakukan. Sebelum dan selepas, kedua-duanya mempunyai prospek tersendiri yang boleh diraih keuntungannya oleh kedua-dua pihak iaitu penyandang pemerintah dan bakal pemerintah.

Pendekatan Pemuda PAS Untuk Memenangi Pilihanraya Umum ke 13 

Pemuda PAS mestilah komited menjadi rakan ganding generasi Y pada hari ini iaitu :
  • Rakan maklumat yang aktif.
  • Rakan penentangan yang kreatif.
  • Rakan inspirasi yang kolektif.
  • Rakan jaringan yang interaktif.
  • Rakan pengundian yang assertif.
"Pemuda PAS perlu memposisikan diri di khalayak anak muda dan perlu tampil dilihat mewakili generasi muda. Tidak boleh ekslusif, beraksi dalam gelanggang organisasi parti semata-mata tetapi mestilah masuk menyertai kumpulan anak muda."

"Pemuda PAS hendaklah memahami kehendak dan suara hati anak muda dan mampu turut bersama mendokong aspirasi dan memperjuangkan idealism mereka selama mana tidak bertentangan dengan Islam sebagai dasar perjuangan kita."
"Pemuda PAS mesti berani menerima kepelbagaian dalam pemikiran dan sikap anak muda serta bersama memimpin atas kepercayaan yang sama demi kebaikan masa depan negara."

"Pemuda PAS perlu menyediakan banyak ruang untuk anak muda mesra berasimilisasi samaada melalui struktur formal atau tidak formal melalui aktiviti-aktiviti anak muda."

Syakhsiah Pemuda PAS Untuk Memenangi Pilihanraya Umum ke 13

Pemuda mesti mewarisi akhlak Rasulullah S.A.W sebagai pemikat untuk memenangi hati pengundi dalam semua bentuk pendekatan yang dilaksanakan. Firman Allah :

Maka dengan sebab rahmat dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka dan pohonlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam maka bertawakallah kepada Allah, sesunggulinya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya." - Surah Ali Imran:159

Pemuda PAS yang memiliki akhlak Islam sayugianya tidak melakukan perkara yang tidak layak bagi seorang pejuang terutama dalam usaha untuk memenangi hati pengundi. Antaranya perkara-perkara seperti berikut :
  • Bercakap dan bertindak kasar serta kesat.
  • Mencipta sengketa dan meramaikan musuh.
  • Menghina dan mendedahkan keaiban peribadi orang.
  • Sempit dada dan tidak mendengar pandangan orang lain.
  • Mendedah dan menerima maklumat tanpa fakta.
  • Melampau dan keterlaluan dalam tindakan.
Islam mengajar prinsip akhlak dalam perjuangan sekalipun dalam medan peperangan. Antaranya:

"Dan berjuanglah di jalan Allah (kerana menegak dan mempertahankan agama Allah), memerangi orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampau (dengan memulakan peperangan); kerana sesunggulinya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau." - Surah al Baqarah:190

Prinsip tersebut ialah :
  1. Berjuang mestilah di atas landasan fi sabiliLlah.
  2. Hanya menentang mereka yang menentang kita.
  3. Jangan melampaui batas dalam tindakan.

Teknikal Pemuda PAS Untuk Memenangi Pilihanraya Umum ke-13.
Memastikan jentera pilihanraya pemuda telah dilengkapi dengan struktur yang menepati keperluan organisasi dan gerak kerjanya serta memiliki keupayaan asas gerak kerja pilihanraya terkini seperti :
  1. Daftar pengundi muda dan semakan pendaftarannya.
  2. Jejak pengundi muda dan khidmat untuk mereka.
  3. Salur maklumat kepada pengundi muda melalui sarana mereka.
  4. Mengatur program dan mencipta suasana yang berkesan.
  5. Mengumpul dana secukupnya untuk kelancaran gerak kerja.
Memenangi pilihanraya bukanlah suatu perkara mudah terutama berdepan dengan kekuatan parti lawan yang turun dengan segala kekuatan dan kelebihan mereka sebagai parti pemerintah, pula berhadapan dengan pelbagai manipulasi pilihanraya. Jentera pilihanraya Pemuda PAS mestilah cekal, tabah dan bijak menangani apa jua situasi getir yang tidak dijangka. Mampu membuat keputusan cepat dan tepat di saat keadaan memerlukannya. Akhirnya, Pemuda PAS mesti yakin bahawa kemenangan dalam pilihanraya adalah tertakluk sepenuhnya kepada ketentuan Allah Taala. Setelah kita berusaha segalanva, bertawakkallah kepada Allah, mintalah pertolongan dengan solat dan munajat yang selayaknya menjadi senjata utama skuad Pemuda PAS turun ke medan.

17 June 2012

Haji dan politik


Saya tidak menyangka bahawa tulisan saya yang menyebut haji dan pilihan raya secara sepintas lalu menjadi polemik hangat beberapa hari. Saya hanya menyebut bahawa masyarakat Islam kebanyakannya tidak tahu perbezaan di antara wajib mudoyyak dan wajib muwassa' yang tidak ada dalam pelajaran fardu ain.


Apabila Ketua Penerangan PAS, Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membuat kenyataan susulan, beliau menjadi sasaran serangan media Umno yang berpelurukan kenyataan berbagai pihak. Maka Umno tidak mengambil kira musim haji atau musim puasa dan sebagainya, kerana Umno tidak menjadikan Islam itu dasar panduan perjuangannya. Tuan Haji Subky Latif pernah menjadi sasarannya apabila menyentuh perkara ini ketika menjadi Ketua Penerangan PAS Pusat.



Media jurubicara Umno mendedahkan kebebalan mereka berkenaan hukum Islam dan mendedahkan kejahilan pemimpin utama mereka sendiri, seterusnya mendedahkan ada di kalangan tokoh agama termasuk berjawatan mufti, bahawa roh dan jasadnya bersama Umno. Paling malang dan menjadi lebai malang ialah kalangan yang jahilnya murakkab, tidak mengenali ilmu usul feqah dan maqasid syariah.



PAS tetap berpegang kepada ajaran Islam yang tidak memisahkan politik daripada agama Islam, walaupun politik tidak termasuk dalam rukun Islam seperti ibadah haji dan tidak termasuk rukun iman. Begitulah juga wajibnya menutup aurat dan menjelaskan hutang sesama manusia, perkara ini tetap wajib ditunaikan serta-merta, walaupun tidak dimasukkan secara sebutan dalam rukun Islam. Para ulama menegaskan bahawa perkara-perkara yang tidak disebut dalam rukun itu, tetap termasuk dalam rukun pertama dua kalimah syahadah dan tidak boleh dipisahkan daripada mana-mana rukun iman.



Dalam perkara wajib, para ulama usul fiqh bukan sahaja membahagikan kepada fardu ain dan fardu kifayah. Perkara wajib juga dibahagikan dari segi kesesuaian kadar waktu menunaikannya, sama ada wajib disegerakan, tidak boleh ditangguh, yang dinamakan wajib mudoyyaq seperti puasa Ramadhan dan sembahyang di akhir waktu. Ada juga wajib yang boleh ditangguh kerana luas waktunya dan tidak berdosa menangguhkannya seperti haji dan sembahyang wajib yang lama masanya di awal waktu. Perkara ini dinamakan wajib muwassa'.



Apabila bertembung dua perkara yang sama wajibnya, maka didahulukan kepada menunaikan wajib mudoyyaq seperti wanita kematian suami yang wajib menunaikan idah berada di rumah dalam masa beberapa bulan yang ditetapkan oleh Al Quran, dalam masa yang sama dia berharta dan mampu menunaikan haji kali pertama yang wajib dan menjadi rukun Islam. Hukumnya hendaklah menunaikan idahnya terlebih dahulu, wajib berada di rumah kerana wajibnya mudoyyaq dan menangguhkan haji kerana wajibnya muwassa'. Walaupun perkara idah tidak termasuk dalam rukun Islam. Begitu juga dengan seseorang yang cukup duitnya menunaikan haji, dalam masa yang sama dia berhutang dan diminta membayar segera, maka hendaklah membayar hutangnya terlebih dahulu atau keluarga wajib diberi nafkah, maka tunaikan nafkah dengan cukup terlebih diutamakan walaupun perkara-perkara tersebut tidak termasuk dalam rukun Islam.



Rasulullah SAW menangguhkan ibadat hajinya walaupun diwajibkan lebih awal, ada kalangan ulama yang menyatakan sejak zaman Nabi Adam. Ada yang menyatakan sejak zaman Nabi Ibrahim dan ada yang menyatakan di tahun ketujuh hijrah. Rasulullah SAW membebaskan Makkah (Fathul Makkah) daripada Jahiliyyah terlebih dahulu daripada menunaikan haji dan menghadapi qabilah Hawazin dalam peperangan Hunain. Walaupun banyak harta dan bekalan berada dalam tangan melimpah ruah dan sudah masuk bulan Syawal (bulan haji), namun terus pulang ke Madinah tanpa menunaikan haji.

Rasulullah SAW menugaskan sahabatnya Abu Bakar R.A supaya memimpin umat Islam menunaikan haji pada tahun kesembilan hijrah. Adapun Rasulullah SAW menangguhkan haji sehingga tahun kesepuluh hijrah, sebelum sedikit kewafatan baginda. Para ulama menegaskan bahawa wajib haji adalah muwassa', boleh ditangguh dan Rasulullah SAW mendahulukan urusan politik negaranya dengan menerima rombongan yang datang menyerah diri masuk Islam atau sedia berdamai.


Dalam peristiwa Hudaibiyah pula, Rasulullah dan para sahabat telah memakai pakaian ihram bagi menunaikan umrah. Tiba-tiba dihalang memasuki Makkah dan berakhir dengan perjanjian Hudaibiyah yang salah satu syaratnya menangguhkan umrah. Maka ditangguhkan umrah dan dibayar dam(denda) tanpa menunaikan umrah pada tahun tersebut. Umrah ditangguh kerana perjanjian Hudaibiyah memberi kemenangan politik yang tidak boleh ditangguhkan.



Kepada PAS, pilihanraya adalah amalan politik yang menjadi hak memilih pemimpin dan kerajaan. Politik adalah sebahagian daripada ajaran Islam, walaupun pilihanraya itu dikatakan asalnya dari Barat. Passport dan visa haji juga berasal daripada Barat, kedua-duanya tidak termasuk dalam syarat dan rukun haji. Para ulama usul Fiqh menetapkan kaedah bahawa perkara yang menjadi halangan menunaikan yang wajib kalau tidak melakukannya menjadi wajib juga. Begitulah pilihanraya adalah cara memilih pemimpin dan kerajaan yang menjadi perkara wajib mengikut semua mazhab Islam dengan nas dan ijmak, kecuali mazhab yang sesat. Al Quran menyebut ayat-ayat yang banyak dalam beberapa surah menunjukkan memilih pemimpin dan kerajaan adalah perkara yang akan dihisab pada hari qiamat nanti. Amaran ini berulang kali lebih banyak daripada ayat haji dan umrah.



PAS tetap mendidik ahli dan penyokongnya bahawa politik tidak boleh dipisahkan daripada agama Islam, laksana tidak boleh dipisahkan kepala dengan badan. Imam Al Ghazali seorang tokoh ulama tasawuf juga menegaskan, "agama adalah asas, kuasa pemerintahan (politik) adalah pengawas. Kalau tidak ada asas runtuh, kalau tidak ada pengawas, hilang tercicir". Maka banyak hukum-hakam Islam dihilangkan kerana politik Islam ditinggalkan. Almarhum Syed Alawi Al Haddad, Mufti Kerajaan Johor ditahun 50-an menyatakan dalam fatwanya yang diterbitkan berkenaan kewajipan pilihanraya dan parti mana yang wajib dipilih. Kepada imam-iman yang masih kuat menyokong Umno di Johor, sila cari buku fatwa ini.



PAS yang bersama Pakatan Rakyat, sekiranya diberi kuasa memerintah negara tidak mengizinkan musim haji menafikan hak rakyat menunaikan kewajipan politik ini tanpa mengira menang atau kalah, kerana hak politik adalah amanah besar dalam ajaran Islam. Rasulullah SAW menegaskan bahawa menghilangkan amanah ini menjadi salah satu sebab berlakunya kiamat yang menamatkan alam dunia dengan kehancurannya.



Akhirnya percayalah bahawa diam lebih baik daripada bercakap kejahilan, kerana bercakap dalam perkara yang tidak diketahui mendedahkan kebodohan diri sendiri. Beginilah jadinya apabila lesen memandu dijual, boleh membawa kemalangan. Kalau tauliah ilmu juga boleh dijual beli dengan harta dan pangkat, boleh menyesatkan orang ramai. Namun cahaya ilmu Islam pasti bersuluh dan dipelihara Allah. Sesuapa yang mengkhianati ilmu Islam pasti tersungkur akhirnya.



Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

12 June 2012

Pemasangan Bendera Disabotaj

 

Bendera Pas telah di-sabotaj (di-bakar) oleh pihak yang tak bertanggungjawab....


  siapa gerangan yang membakar bendera ini .... kalau dapat tangkap tak tahu nak kata?.... AJK Pemuda &  AJK Lajnah Pilihanraya En. Ishak dan En Sam posing-posing sampai 2,3 kali nak pastikan tiada bendara di bakar lagi...

Pada sesiapa yang dapat mengesyaki sesiapa yang cuba mensabotai tanpa niat atau tidak sila hubungi Pusat Khidmat Pakatan Rakyat Segambut yang berdekatan.





Pemuda bergotong royong memasang bendera dengan kemas supaya tak mudah tertanggal dan koyak



bersemangat waja itu lah moto kami







5 June 2012

"Ceramah Perdana PR Segambut 2 Jun, BN TEDESAK"

AJK PAS Kawasan Segambut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli JAwatankuasa dan Ahli PAS Segambut di atas semangat berkeluarga dan "PAS FOR ALL" dalam menjayakan Ceramah Perdana Pakatan Rakyat di Segambut Bahagia pada 2 Jun 2012.

Persiapan yang bermula dari memasang bendera dan promosi di sekitar Segambut di sertai oleh ramai anak muda yang penuh bersemangat. Walaupun di hari program ini usaha ini seolah cuba di tenggelamkan oleh bendera-bendera BN Segambut, mereka tergugat kerana hakikatnya mereka sedari Pakatan Rakyat mula mendapat sokongan seluruh masyarakat dan semakin ramai sudah mula meninggalkan BN dan menyertai Pakatan Rakyat.

Program ini telah menampilkan Yb Dr Siti Mariah, Yb Abdullah Sani, Yb Tan Seng Giaw dan Yb Lim Lip Eng. Program ceramah umum ini bermula 9.30malam dan berakhir pada 12malam. Difahamkan program ceramah ini telah mendesak BN Segambut sehingga terpaksa menghantar wakil Puteri UMNO menjadi perisik... Persoalannya mengapa di hantar perisik seorang Puteri UMNO? Adakah trend Rosmah yang menjadi Suami Najib membuatkan BN Segambut juga menghantar seorang Puteri UMNO?? Lucu...


-Tergamak BN Segambut bersubahat??
YB Lim Lip Eng sebagai Ahli Parlimen Segambut yang juga sebagai penceramah memberi pendedahan yang amat serius dimana kerajaan Barisan Nasional cuba bersubahat dengan kontraktor sebuah Lebuhraya baru yang melintasi Segambut. Pengkhianatan yang mereka sedang lakukan adalah dengan menerima tawaran kecil dari Kontraktor tersebut dengan memanjangkan tempoh konsesi TOL dari 30 tahun kepada 60 tahun.

PAS Kawasan Segambut menyeru semua rakan Pakatan Rakyat dan penyokong agar dapat menganjurkan lebih banyak sesi penerangan agar banyak lagi kepincangan Barisan Nasional dapat didedahkan sekaligus menerangkan tawaran oleh Pakatan Rakyat jika dapat mentadbir Putrajaya kelak.

Bahan-bahan seperti Buku Jingga dan Tawaran Negara Berkebajikan boleh dijadikan sumber kerana ia adalah manifestasi yang menepati kehendak rakyat yang berhadapan dengan masalah korupsi dan ketirisan ekonomi dibawah Barisan Nasional.

Ishak Sidin,
Ketua Lajnah Penerangan PAS Segambut

4 June 2012

Gotong Royong Mencari Buluh Untuk Pemasangan Bendera




 Mencari buluh yang sesuai supaya tahan lama

 Wan shafareen megambil buluh dengan berhati-hati.Miang katanya..






Pandang atas langit durian berlambak.kalau durian luruh rejeki tengahhari kita la kan.






  





 Bersedia utk diangkut ke Markas kami di Pasti