18 October 2011

Himpunan Sejuta Umat

Assalamualaikum WBT Sahabatku Pemuda Se-Malaysia,
Jom join HIMPUN SEJUTA UMAT, Selamatkan Akidah Umat ! PAS turut menyokong himpunan ini.

Himpunan Sejuta Umat antara lain mempunyai objektif berikut:
a. Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gemburkan melalui media.

b. Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan di kalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.

c. Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.

d. Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.

e. Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.

f. Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.


No comments:

Post a Comment