21 March 2013

Kubur runtuh: Penduduk tunggu tindakan Jawi


Kubur runtuh: Penduduk tunggu tindakan Jawi





KUALA LUMPUR: Anak kepada jenazah yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sri Bangkong, Batu 5, Jalan Ipoh, dekat sini sedih apabila melihat kubur arwah ibu dan ayahnya runtuh akibat hakisan.



Tujuh kubur tersebut runtuh akibat hakisan ekoran projek pembinaan pangsapuri berserta lot perniagaan dan tempat letak kereta.


Runtuhan sedalam kira-kira lima meter itu, berlaku pada Khamis lalu dan disedari penggali kubur, Jaafar Hussin.



Jumaah Ramli, anak kepada jenazah yang kuburnya runtuh terkejut apabila melihat keadaan kubur arwah ibu dan bapanya sewaktu melawat tanak perkuburan pada Sabtu lalu.

Menurutnya, arwah ibu dan ayahnya disemadikan di tanah perkuburan tersebut sejak lima tahun yang lalu.

Beliau berkata, timbul sedikit kerisauan apabila projek kondominium itu berjalan kerana kubur ibu dan ayahnya terletak di tebing.



"Saya terkejut tengok keadaan kubur ibu dan ayah saya dalam keadaan macam ni.



"Perkara ni tak sepatutnya berlaku sebab melibatkan jenazah orang yang dah meninggal. Cuba fikirkan bagaimana perasaan waris yang melihat," katanya.

Jaafar pula berkata, apa yang dikesalkan adalah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) tidak turun sendiri melihat keadaan kubur dan tidak mengambil apa-apa tindakan walaupun perkara ini telahj diadukan lama.

"Saya mahu pihak Jawi dan pengerusi masjid turun sendiri lihat keadaan kubur yang runtuh ni.



"Jangan duduk di pejabat sahaja kerana kubur merupakan tempat yang harus dipelihara sebaik mungkin," luahnya kesal.

Sementara itu, PAS Kawasan Segambut mahu Jawi mengambil tindakan segera dan berurusan dengan pihak pemaju bagi menyelesaikan masalah ini.

"Kita mahu Jawi ambil tindakan segera, berurusan dengan pihak pemaju untuk urusan pemindahan kubur," kata Setiausahanya, Wan Shafareen Wan Abdul Halim.

Menurut surat yang dikemukakan pemaju kepada pihak Jawi, sebanyak 17 kubur memasuki lot kawasan pembinaan.



Pihak pemaju telah membuat langkah-langkah keselamatan seperti penghadang cerucuk besi sementara, namun runtuhan tanah tetap berlaku.
- Rujukan artikal Harakah Daily


No comments:

Post a Comment