1 July 2012

PAS Segambut agih bantuan kepada mangsa kebakaran

para amilin  sedang mengangkat barang-barang sumbangan
ke dalam van utk dibawa ke tempat sumbangan


sebanyak 42 keluarga mangsa kebakaran di Kg. Segambut Gate telah menerima sumbangan berupa barang-barang keperluan dan pakaian hasil kutipan derma kilat dan dan sumbangan orang ramai yang dilakukan oleh PAS Kawasan Segambut. sumbangan telah disampaikan oleh Ahli Parlimen Segambut, YB Lim Lip Eng dan Timb. Pesuruhjaya 2 PAS Wilayah Persekutuan, Ustazah Salbiah. sumbangan ini adalah sumbangan yang kedua selepas sumbangan berupa wang ringgit dan barang-barang keperluan untuk membina kediaman yang terbakar pada 6 Jun yang lalu.


penerima sumbangan sedang menanti
menurunkan barang-barang sumbangan dari van
satu lagi kenderaan..
ustazah Salbiah di dalam ucapannya meminta semua mangsa kebakaran supaya bersabar di dalam menghadapi ujian yang melanda mereka di samping memperbanyakkan berdoa dan mengingati Allah.
ustazah sabilah, TPJ 2 PAS WP memberikan ucapan


ketika di tanya oleh seorang mangsa yang berbangsa india, bagaimana sepatutnya mereka menghadapi musibah ini, ustazah Salbiah memberitahu, di sinilah para jiran, sahabt-sahabat dan ahli keluarga mangsa memainkan peranan di dalam memberi kekuatan kepada kepada para mangsa yang terlibat.




penduduk meminta nasihat drpd ustazah 
sementara itu, ahli Parlimen Segambut, YB Lim Lip Eng menyifatkan bantuan yang dilancarkan sememangnya tidak dapat membantu mangsa secara sepenuhnya, namun sekurang-kurangnya dapat meringankan bebanan setiap mangsa yang telah banyak mengalami kerugian. di akhir ucapannya, YB Lim turut meminta kepada semua keluarga mangsa supaya bersabar dengan ujian yang menimpa dan berjanji akan membantu sedaya mungkin bagi meringankan bebanan para mangsa.




YB Lim menyampaikan ucapan
menurut Naib YDP PAS Segambut, saudara Rahim, bantuan yang dikumpulkan hasil pelancaran derma kilat sejak 2 minggu lalu itu diharap mampu meringankan bebanan mangsa yang rata-ratanya berbangsa Melayu dan India.

PAS Segambut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan dan melancarkan perjalanan program sebentar tadi walaupun berlaku sedikit kekecohan yang datang dari luar.

nenek ini gembira mendapat sumbangan :)
YB Lim menyampaikan sumbangan





bacaan doa di akhir majlis yg dipimpin oleh ustaz jefri





1 comment: