16 September 2011

Mansuh ISA : Ikhlaskah Najib?


oleh :
Ketua Penerangan DPP Kawasan Segambut 

pengumuman YAB PM Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Abdul Razak di dalam perutusan Hari Malaysia nya yang disiarkan oleh hampir keseluruhan siaran tv sebentar tadi mungkin mendatangkan kejutan dan ketidak percayaan sesetengah penduduk Malaysia. namun bagi sesetengah yang mengikuti perjalanan politik tanah air, pengumuman ini bukanlah sesuatu yang pelik, kerana kerajaan Najib semakin hari semakin jelas kelihatan cuba mencedok dan "menjelmakan" setiap manifesto Pakatan Rakyat (PR) yang terkandung di dalam Buku Jingga - manifesto 100 hari PR sekiranya memerintah Malaysia utk PRU yang akan datang. antara bukti-bukti yang berkaitan ialah pemansuhan beberapa buah plaza tol dan pemberian sagu hati kepada guru-guru di Malaysia. namun di sini, saya ingin memberikan fokus terhadap pengumuman pemansuhan ISA sebentar tadi. bagi yang tidak berkesempatan menonton siaran langsungnya sebentar tadi, bolehlah mengakses ucapan penuh YAB Najib di sini [ link ]. berikut adalah ucapan Najib mengenai pemansuhan ISA : 

Sepertimana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dikaji secara komprehensif. Sehubungan dengan itu, suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus.
 
Untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah bagi memelihara ketenteraman dan keselamatan awam, DUA undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah
semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan. Pokoknya, akta-akta ini nanti bermatlamat untuk memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

satu persoalan yang harus kita renungkan dan tanyakan di dalam diri kita sebagai rakyat Malaysia, "mengapakah 1 undang-undang dimansuhkan, namun digantikan dengan 2 yang lain?" saya yakin, kanak-kanak tadika juga mengetahui bahawa bilangan 2 itu lebih banyak berbanding 1! seolah-olahnya, rakyat Malaysia baru sahaja keluar dari mulut buaya untuk masuk ke dalam mulut naga! lihat sahaja komen Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin Tun Hussein Onn mengenai pemansuhan ini : 

Undang-undang yang berhubung kait dengan keganasan, contohnya Akta Patriot di Amerika Syarikat, Akta Anti Keganasan di United Kingdom dan Australia, semua ini boleh dijadikan contoh dalam kita hendak memerangi keganasan

laporan penuh boleh diakses di sini [ link ]. apa yang meragukan, akta-akta yang bakal dijadikan rujukan ini tidak jauh bezanya daripada ISA itu sendiri seperti tangkapan tanpa bicara dan tanpa waran! jadi apa justifikasinya utk memansuhkan ISA bagi mewujudkan undang-undang yg lebih zalim?? lihat sahaja komen-komen daripada badan NGO mengenai pemansuhan ini [ link ], rata-rata daripada mereka masih meragui dan mempersoalkan "reformasi" yang ingin dijalankan oleh PM Najib!

DPP Kawasan Segambut menyokong penuh usaha dan inisiatif kerajaan untuk memansuhkan ISA dan beberapa akta yang bersifat draconian, namun PM Najib harus lebih ikhlas dan tidak bermain muslihat di atas pemansuhan akta-akta tersebut. sekiranya PM Najib benar-benar ikhlas terhadap pemansuhan ini, bebaskan segera tahanan-tahanan politik yang ditahan di bawah ISA dan tutup semua penjara-penjara ISA ini, SEKARANG juga! 

No comments:

Post a Comment