19 September 2011

Tahanan ISA : Adakah Nazri Lupa?


tulisan ini dibuat bagi membidas kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz yang disiarkan oleh portal malaysiakini.com hari ini [ link ]. memetik laporan portal tersebut, nazri dilaporkan berkata "Kerajaan tidak akan memohon maaf atau membayar pampasan kepada bekas tahanan ISA, berikutan pemansuhan undang-undang kuku besi yang digubal pada tahun 1960". DPPk Segambut melihat kenyataan Nazri tersebut melambangkan "keangkuhan" kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah menzalimi rakyat dengan pelbagai undang-undang yang bersifat drakonian spt ISA. rasa-rasanya, Nazri mungkin terlupa, atau buat-buat lupa bahawa BELUM PERNAH ADA TAHANAN ISA YANG DITANGKAP, DIBICARAKAN DI MAHKAMAH MENGIKUT LUNAS UNDANG-UNDANG YANG SEBENAR, MALAH TIDAK SAMA SEKALI PERNAH DISABITKAN DENGAN KESALAHAN MEREKA. kaedah fiqhiyyah ada menyebut الأصل براءة الذمة yang bermaksud "asal seseorang itu adalah tidak bertanggungan ke atas sesuatu (bersalah)". undang-undang sivil juga mengetengahkan prinsip yang sama, iaitu "one is not guilty until it is proven" [ seseorang itu tidak bersalah sehingga ia dibuktikan ]. satu-satunya pihak yang boleh mensabitkan seseorang itu bersalah di sisi undang-undang atau tidak, hanyalah seorang yang bernama HAKIM, bukanlah PM, kerajaan, jauh sekali ahli politik [terutama sekali UMNO/BN yang sering menyalahgunakan agensi kerajaan umpama Malaysia ini merupakan hak mereka!]. sebagai seorang menteri yang berkelulusan undang-undang, dan menjaga portfolio perundangan, Nazri sepatutnya malu dengan kenyataan angkuhnya itu! pesanan dari kami di pihak DPPk Segambut, berlakulah adil wahai Nazri walaupun terhadap musuhmu! firman Allah swt :

 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآَنُ قَوْمٍ عَلَى أَلَّا تَعْدِلُوا اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ 

maksudnya :
Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) Karena Allah, menjadi saksi dengan adil. dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. berlaku adillah, Karena adil itu lebih dekat kepada takwa. dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.

al-maidah [5] : 8 

No comments:

Post a Comment