27 August 2013
21 August 2013
XPDC Dakwah Pemuda PAS Bukan Perkara Baru
Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,
1. Seperti yang dijangka, pasti akan ada pihak yang mengeluarkan
kata-kata pedas, sinis dan tidak keruan apabila Pemuda PAS membuat
kenyataan membantah konsert Metalica yang akan berlangsung kurang
daripada tempoh 24 jam daripada sekarang.
2. Selain yang bersetuju dengan bantahan ini, ada sebahagian yang tidak
selari dengan sikap Pemuda PAS yang sering dilihat tidak mahu menerima
kehendak sekumpulan manusia yang mahukan hiburan mengikut kesesuaian
mereka.
3. Sudah pasti, peminat setia kumpulan Rock Metalica
sejak berzaman ini akan menolak 'stand' Pemuda PAS dan tidak akan
berganjak untuk melihat kumpulan kesayangan mereka ini menjejakkan kaki
untuk kali pertama di Malaysia.
4. Ada wartawan dan
orang-perseorangan yang menghubungi saya apakah semasa konsert tersebut
Pemuda PAS akan membuat kacau, mengadakan demonstrasi atau bertindak
untuk menghalang konsert tersebut daripada berlangsung?
5. Saya
jelaskan bahawa XPDC Dakwah adalah sebahagaian daripada aktiviti Pemuda
PAS yang telah dilaksanakan sejak lebih lapan tahun yang lalu. Ia
adalah sebagai alternatif Pemuda PAS memberi kesedaran kepada rakyat
terhadap isu yang berkaitan dengan sebab XPDC Dakwah itu diadakan.
6. Dengan menaip 'XPDC Dakwah Pemuda PAS' di dalam carian Google, anda
akan menjumpai pelbagai XPDC yang telah dijalankan selama ini. XPDC
Dakwah sempena Tahun Baru, XPDC Dakwah sempena Malam Kemerdekaan, XPDC
Dakwah sempena Konsert, XPDC Dakwah sempena Velentine's Day dan pelbagai
lagi XPDC dan setiap XPDC ini akan ada risalah khas kepada pengunjung
untuk bacaan mereka.
7. Oleh kerana itu, tidaklah perlu takut
dengan XPDC Dakwah ini kerana ia adalah pendekatan Pemuda PAS yang telah
lama dilaksanakan di serata negara.
8. Kerana itu, saya
menjemput anak-anak muda untuk turut serta di dalam XPDC ini bagi
merasainya sendiri sebuah XPDC berkonsepkan dakwah.
9. Ada satu
soalan yang ditanya oleh wartawan kepada saya, apakah risalah yang akan
diedarkan dalam XPDC Dakwah sempena Konsert Metalica? Jawapan saya,
tunggu kami di perkarangan Stadium Merdeka nanti.
Sekian, wassalam.
8 August 2013
21 March 2013
Kubur runtuh: Penduduk tunggu tindakan Jawi
Kubur runtuh: Penduduk tunggu tindakan Jawi
![]() |
KUALA LUMPUR: Anak kepada jenazah yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sri Bangkong, Batu 5, Jalan Ipoh, dekat sini sedih apabila melihat kubur arwah ibu dan ayahnya runtuh akibat hakisan.

Tujuh kubur tersebut runtuh akibat hakisan ekoran projek pembinaan pangsapuri berserta lot perniagaan dan tempat letak kereta.
Runtuhan sedalam kira-kira lima meter itu, berlaku pada Khamis lalu dan disedari penggali kubur, Jaafar Hussin.

Jumaah Ramli, anak kepada jenazah yang kuburnya runtuh terkejut apabila melihat keadaan kubur arwah ibu dan bapanya sewaktu melawat tanak perkuburan pada Sabtu lalu.
Menurutnya, arwah ibu dan ayahnya disemadikan di tanah perkuburan tersebut sejak lima tahun yang lalu.
Beliau berkata, timbul sedikit kerisauan apabila projek kondominium itu berjalan kerana kubur ibu dan ayahnya terletak di tebing.
"Saya terkejut tengok keadaan kubur ibu dan ayah saya dalam keadaan macam ni.

"Perkara ni tak sepatutnya berlaku sebab melibatkan jenazah orang yang dah meninggal. Cuba fikirkan bagaimana perasaan waris yang melihat," katanya.
Jaafar pula berkata, apa yang dikesalkan adalah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) tidak turun sendiri melihat keadaan kubur dan tidak mengambil apa-apa tindakan walaupun perkara ini telahj diadukan lama.
"Saya mahu pihak Jawi dan pengerusi masjid turun sendiri lihat keadaan kubur yang runtuh ni.

"Jangan duduk di pejabat sahaja kerana kubur merupakan tempat yang harus dipelihara sebaik mungkin," luahnya kesal.
Sementara itu, PAS Kawasan Segambut mahu Jawi mengambil tindakan segera dan berurusan dengan pihak pemaju bagi menyelesaikan masalah ini.
"Kita mahu Jawi ambil tindakan segera, berurusan dengan pihak pemaju untuk urusan pemindahan kubur," kata Setiausahanya, Wan Shafareen Wan Abdul Halim.
Menurut surat yang dikemukakan pemaju kepada pihak Jawi, sebanyak 17 kubur memasuki lot kawasan pembinaan.

Pihak pemaju telah membuat langkah-langkah keselamatan seperti penghadang cerucuk besi sementara, namun runtuhan tanah tetap berlaku.
- Rujukan artikal Harakah Daily
Subscribe to:
Posts (Atom)






