13 April 2012

BN TERTEKAN : STESEN KOMUTER JUGA MAHU DIPOLITKKAN?



KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

BN TERTEKAN : STESEN KOMUTER JUGA MAHU DIPOLITKKAN?
(13 April 2012)

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa kesal dengan maklumat terbaru di media (Malaysiakini) yang melaporkan bahawa Keretapi Tanah Melayu (KTM) membenarkan bendera Barisan Nasional (BN) dipasang di kesemua 28 stesen komuter kelolaan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di seluruh Selangor.

Dalam hal ini, DPPM merasa kecewa kerana pihak KTM bersikap berat sebelah dengan membiarkan bendera BN dipasang di stesen komuter mereka serta memeliharanya daripada dibuang atau disabotaj. Mungkin juga mereka sendiri diarahkan oleh pemimpin UMNO-BN supaya membenarkan bendera itu dipasang. Jika begitu, bagaimana dengan bendera milik parti dari Pakatan Rakyat? Bolehkah bendera PAS, PKR atau DAP berkibaran di mana-mana stesen komuter di Selangor?

Bagi DPPM, tindakan sedemikian adalah tindakan terdesak pemimpin UMNO-BN bagi meraih undi simpati rakyat setelah semakin ramai rakyat menolak mereka. Sehinggakan perkhidmatan awam juga mahu dipolitikkan dengan tindakan begini yang amat memualkan. Jika bendera BN terus berkibar di stesen-stesen komuter,  DPPM merasa bimbang jika rakyat akan memboikot daripada menggunakan perkhidmatan komuter dan KTM akan menanggung kerugian yang besar nanti.

DPPM mengingatkan KTM dan pemimpin UMNO-BN bahawa perkhidmatan komuter adalah untuk orang awam dan ianya dinaiki oleh rakyat pelbagai peringkat. Membiarkan bendera BN dipasang membayangkan seolah-olah stesen komuter adalah milik BN sahaja. Sudah tentu perkara ini akan menimbulkan ketidak selesaan bagi ahli dan penyokong Pakatan Rakyat yang menggunakan perkhidmatan yang sama.

Oleh itu, DPPM mendesak KTM supaya membatalkan arahan tersebut supaya perkhidmatan awam bebas dari kongkongan politik kepartian. Perkhidmatan awam adalah hak untuk semua rakyat menikmatinya tidak kira dari jalur politik mana sekalipun, bukan untuk penyokong dan ahli BN sahaja. Ia juga bukan dibina hasil duit dari BN, tetapi ia adalah hasil daripada duit yang disumbangkan oleh rakyat kepada kerajaan.

Disediakan oleh;

RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia  

1 comment:

  1. Assalamualaikum tuan

    Harap sudi link ghaflah.blogspot.com

    Terima Kasih

    ReplyDelete