16 December 2011

DPP Segambut Anjur Aktitvi Sukan Badminton



Badminton ialah acara sukan Olimpik dengan lima disipin yang kompetitif perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, dan beregu campuran, yang mana setiap pasangannya ialah lelaki dan perempuan. Bagi tahap tinggi permainan, sukan ini memerlukan penjagaan kesihatan yang cemerlang: pemain memerlukan stamina aerobik, ketangkasan, kekuatan, kelajuan, dan ketelitian. Ia juga merupakan sebuah sukan teknikal, yang memerlukan koordinasi badan yang baik, kemahiran teknikal, dan kecanggihan kemahiran penggunaan raket.


  
Tempat yang sesuai bertempat di Pusat Komuniti Bukit Damansara
No.3, Jalan Setia BudiBukit Damansara Kuala Lumpur

 
 Sebahagian Pemuda Segambut  yang hadir untuk mempertingkatkan kecergasan mental dan fizikal




Aktiviti tersebut turut dihadiri oleh KP Pemuda Segambut Saudara Iidil dan Setiausaha Pas kawasan   Segambut Tuan Rahim, permainan berkenaan akan dijadikan sebahagian acara sukan bulanan kepada Pemuda Segambut kerana mempunyai bilangan peminat yang ramai.
"Apa yang penting setiap jenis permainan hendaklah diadakan secara sihat, sama ada bola sepak, Futsal, snuker atau apa sahaja termasuk badminton," ujarnya ketika berucap pada majlis Talimat dan usrah ringkas di pusat Komuniti Bukit Damansara, di sini baru-baru ini.
Menurutnya, permainan badminton bukan sahaja dapat mengisi masa terluang, bahkan ia dapat membantu mengaktifkan minda dan fizikal jasmani setiap pemain. 









No comments:

Post a Comment