"Ceramah Perdana PR Segambut 2 Jun, BN TEDESAK"
AJK PAS Kawasan Segambut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
Ahli JAwatankuasa dan Ahli PAS Segambut di atas semangat berkeluarga dan
"PAS FOR ALL" dalam menjayakan Ceramah Perdana Pakatan Rakyat di
Segambut Bahagia pada 2 Jun 2012.
Persiapan yang bermula dari memasang bendera dan promosi di sekitar
Segambut di sertai oleh ramai anak muda yang penuh bersemangat. Walaupun
di hari program ini usaha ini seolah cuba di tenggelamkan oleh
bendera-bendera BN Segambut, mereka tergugat kerana hakikatnya mereka
sedari Pakatan Rakyat mula mendapat sokongan seluruh masyarakat dan
semakin ramai sudah mula meninggalkan BN dan menyertai Pakatan Rakyat.
Program ini telah menampilkan Yb Dr Siti Mariah, Yb Abdullah Sani, Yb
Tan Seng Giaw dan Yb Lim Lip Eng. Program ceramah umum ini bermula
9.30malam dan berakhir pada 12malam. Difahamkan program ceramah ini
telah mendesak BN Segambut sehingga terpaksa menghantar wakil Puteri
UMNO menjadi perisik... Persoalannya mengapa di hantar perisik seorang
Puteri UMNO? Adakah trend Rosmah yang menjadi Suami Najib membuatkan BN
Segambut juga menghantar seorang Puteri UMNO?? Lucu...
-Tergamak BN Segambut bersubahat??
YB Lim Lip Eng sebagai Ahli Parlimen Segambut yang juga sebagai
penceramah memberi pendedahan yang amat serius dimana kerajaan Barisan
Nasional cuba bersubahat dengan kontraktor sebuah Lebuhraya baru yang
melintasi Segambut. Pengkhianatan yang mereka sedang lakukan adalah
dengan menerima tawaran kecil dari Kontraktor tersebut dengan
memanjangkan tempoh konsesi TOL dari 30 tahun kepada 60 tahun.
PAS Kawasan Segambut menyeru semua rakan Pakatan Rakyat dan penyokong
agar dapat menganjurkan lebih banyak sesi penerangan agar banyak lagi
kepincangan Barisan Nasional dapat didedahkan sekaligus menerangkan
tawaran oleh Pakatan Rakyat jika dapat mentadbir Putrajaya kelak.
Bahan-bahan seperti Buku Jingga dan Tawaran Negara Berkebajikan boleh
dijadikan sumber kerana ia adalah manifestasi yang menepati kehendak
rakyat yang berhadapan dengan masalah korupsi dan ketirisan ekonomi
dibawah Barisan Nasional.
Ishak Sidin,
Ketua Lajnah Penerangan PAS Segambut
No comments:
Post a Comment