13 January 2012

terbukti Utusan Meloya anak emas KDN



dua hari selepas hakim mahkamah tinggi jalan duta memutuskan DSAI bebas dari sebarang tuduhan, utusan malaysia [utusex meloya] kembali dengan agenda-agenda fitnah mereka. setiap pihak yang hadir pada hari bersejarah itu sudah menjangka, letupan bom yang berlaku semasa perhimpunan itu pasti akan dieksploitasi dan dimanipulasi oleh akhbar-akhbar pro-rejim.

sumber polis

utusan, di dalam laporan muka depannya, melaporkan bahawa mereka telah mendapat sumber dari "pihak polis" utk mendakwa bahawa bom-bom tersebut telah dibawa oleh peserta perhimpunan pada hari tersebut.anehnya, utusan tidak pula mengkhususkan, mahupun menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai "sumber" mereka itu. justeru di sini, sudah timbul isu "manipulasi penjawat awam" demi kepentingan peribadi mereka,apatah lagi apabila sumber yang didakwa itu merupakan "sumber polis" yang mampu memberi kesan yang besar terhadap keamanan awam.


polis nafi, utusan buat spekulasi
hari ini, pihak polis telah menafikan laporan yang telah disiarkan oleh akhbar utusan tersebut. disamping itu, pihak polis juga telah memberi amaran kepada awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes letupan tersebut. portal berita malaysiakini melaporkan bahawa "Polis hari ini memberi amaran kepada orang ramai supaya jangan membuat spekulasi mengenai identiti dalang tiga letupan buatan sendiri dekat kompleks mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta Isnin lalu, sejurus selepas keputusan kes Liwat II diumumkan Isnin lalu." apa yang menjadi persoalannya, hanya utusan sahaja satu2nya akhbar yg begitu berani membuat spekulasi sedemikian, dan akhirnya diikuti oleh juak2nya yang begitu ketagih dengan tender2 dari orang atasan. namun sehingga blog ini di"update", tiada sebarang amaran secara rasmi atau bertulis daripada pihak polis atau KDN terhadap utusan yang dilaporkan.






utusan berniat jahat, cetus ketegangan awam

seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, spekulasi yang diwujudkan utusan dengan menggunakan nama pihak polis sememangnya berniat jahat dan bertujuan mewujudkan fitnah dan ketegangan awam.sehingga entry ini ditulis juga, masih tiada sebarang permohonan maaf atau pembetulan yang dilakukan oleh pihak utusan. namun anehnya, isu ini juga seolah-olah tidak diambil pusing oleh KDN mahupun PDRM sendiri. sekiranya yang melaporkan itu terdiri daripada wartawan-wartawan harakah, suara keadilan atau roket, nescaya kini penulis berita dan wartawan tersebut dipanggil ke balai polis utk diambil keterangan. malah lebih teruk, permit akhbar tersebut akan ditarik/digantung, dan wartawannya akan didakwa di mahkamah! inilah salah satu bentuk pilih kasih oleh KDN yang dizahirkan semenjak dua ini, dengan tidak memperdulikan ancaman awam yang mampu diwujudkan oleh akhbar2 harian seperti utusan ini sendiri!

KDN boleh jalan!
hakikatnya, ini bukanlah kali pertama utusex ini diberi amaran oleh pihak2 berkaitan. cumanya,amaran-amaran tersebut hanyalah berupa melepaskan batok di tangga. tidak serius dan hanya berbentuk sandiwara, sudah berapa banyak berita yang dilaporkan utusan bersifat mencetuskan ketegangan kaum, agama dan awam. namun itulah KDN, menterinya begitu takut utk "menyentuh" akhbar tersebut, kerana takut tidak mendapat sokongan sbg menteri dan ahli parlimen? wallahualam. namun yang pasti, KDN BOLEH JALAN!



12 January 2012

Rayuan Kes Anwar Memang Dijangka?



pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim [DSAI] drpd tuduhan meliwat sememangnya agak mengejutkan ramai pihak di Malaysia. keputusan pembebasan itu serba sedikit mendatangkan satu tanggapan bahawa "mahkamah di Malaysia sudah semakin berani menegakkan keadilan." tulisan ini bukanlah utk mempertikaikan, apatah lagi mempersoalkan kreadibiliti sistem kehakiman di Malaysia. namun memandang kepada kes-kes mahkamah yang melibatkan isu BN-PR sebelum ini, saya merasakan perlu ada sedikit ulasan supaya para penyokong PR tidak termakan dengan "taktik-taktik" sebegini, apatah lagi dengan bahang PRU-13 yang semakin kuat.


keputusan mahkamah tinggi...satu strategi?

seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, pembebasan DSAI drpd tuduhan meliwat telah mendatangkan satu persepsi dalam kalangan rakyat Malaysia mengenai sistem kehakiman negara kita. namun begitu, masih terdapat beberapa pihak yang beranggapan bahawa keputusan mahkamah tinggi merupakan satu strategi yang lebih berkesan utk menyekat kemaraan PR dan DSAI itu sendiri. kemenangan di mahkamah tinggi sebenarnya bukanlah sesuatu yang patut diraikan sepenuhnya kerana sistem kehakiman kita masih terdapat 2 mahkamah yang lebih tinggi, iaitu mahkamah rayuan dan persekutuan. masih ingatkah kita kes Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin, bekan MB Perak yang digulingkan secara tidak terhormat oleh UMNO-BN? DS Nizar telah kalah di peringkat mahkamah tinggi, menang di peringkat rayuan, namun jatuh kembali di peringkat persekutuan.....yang lebih menarik...keputusan menggantung keputusan yang dikeluarkan oleh mahkamah rayuan dikeluarkan hanya dalam masa 24 jam! [sangat2 singkat!] mungkin kita masih ingat, apakah persepsi kebanyakan pihak, terutama penyokong PR sendiri terhadap "keadilan mahkamah" kita. namun apabila DS Nizar kalah di peringkat persekutuan, pimpinan dan penyokong PR ditempelak oleh BN disebabkan sikap "pusing 360 darjah" PR terhadap sistem kehakiman negara.

perlian, lakonan BN

sejurus pembebasan DSAI diumumkan, pimpinan-pimpinan BN dari umno, gerakan dan lain-lain, termasuk DS Najib yang baru pulang dari lawatannya menyerang dan menempelak PR di atas "tuduhan-tuduhan yang tidak berasas" yang dilemparkan terhadap BN dan sistem kehakiman negara.sebagai contoh DS Najib menyebut "Keputusan hari ini sekali lagi menunjukkan bahawa di sebalik apa yang telah didakwa, sistem kehakiman Malaysia adalah sebuah institusi bebas di mana baik politik mahupun ahli politik mempunyai sebarang pengaruh berhubung pelaksanaan keadilan," [sumber] DS Rais juga mengambil peluang menunjukkan "ketokohannya" "Penghakiman sudah diputuskan...dengan itu sah badan kehakiman negara ini mempunyai reputasi dan pendirian yang boleh disetarafkan dengan keputusan kehakiman negara maju berasaskan kepada 'rule of law' atau keunggulan undang-undang,"[sumber] disamping itu, GERAKAN juga menganbil peluang yang sama menyerang PR melalui tmbln presidennya, "Pakatan Rakyat digesa memohon maaf ekoran kenyataan "liar, palsu dan tidak berasas" terhadap badan kehakiman dan kerajaan berhubung kes tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini." [sumber] kenyataan-kenyataan seperti ini seharusnya segera dihidu supaya kita terlalu teruja dgn strategi BN sehingga memerangkap kita sendiri.

rayuan bapa saiful, peguam negara merayu

semalam, portal berita Malaysiakini melaporkan bahawa bapa kepada pengadu, saiful bukhari  telah merayu kepada peguam negara utk merayu kes ini ke peringkat rayuan, disamping bercadang utk mengambil tindakan sivil bagi "memaksa" peguam negara membawa kes tersebut ke peringkat yang lebih tinggi. hari ini pula, Malaysiakini turut melaporkan bahawa pejabat peguam negara, melalui Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden akan membuat rayuan ke atas keputusan kehakiman di mahkamah tinggi Isnin lalu. portal berita tersebut dipetik melaporkan bahawa "keputusan membuat rayuan dibuat setelah mengkaji semua bukti berhubung kes berkenaan. Mohd Yusof juga dilaporkan berkata cadangan berkenaan akan dikemukakan kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tidak lama lagi supaya rayuan boleh difailkan dalam tempoh 10 hari." ganjil? pelik? tidak, ia bukan sesuatu yang pelik kerana kemungkinan wujudnya unsur-unsur strategi politik di dalam penghakiman kes ini ada logiknya.

anwar ke penjara?

kemungkinan ini sangat tinggi.seperti yang telah dijelaskan di awal tadi, keputusan di mahkamah tinggi berkemungkinan adalah suatu percaturan BN utk mendatangkan persepsi terhadap rakyat Malaysia bahawa sistem kehakiman negara kita "bersih" dan prinsip pengasingan kuasa yang diamalkan dalam negara-negara demokrasi berjalan dengan baik. maka atas dasar itu, adalah sangat dianjurkan kpd para pendokong dan penyokong PR dan DSAI sendiri khususnya, jangan kita terlalu cepat bergembira dengan keputusan ini. kemungkinan utk keputusan ini dibatalkan oleh mahkamah yang lebih tinggi masih ada asasnya.Dewan Pemuda PAS kawasan Segambut menyeru supaya jangan kita berhenti berdoa supaya Allah swt merencatkan dan mematahkan rancangan-rancangan jahat mereka terhadap rakyat Malaysia.firman Allah swt :

وَمَكَرُوا وَمَكَرَ اللَّهُ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ

mereka merancang, Allah juga merancang. sesungguhnya Allah ialah sebaik-baik perancang
[ali-imran (3) : 54]

Apa?? Perjuangan PAS Melencong???


oleh : Tuan Guru Haron Din

Datuk, akhir-akhir ini selalu sangat orang memperkatakan bahawa PAS telah melencong daripada perjuangan asalnya. PAS didakwa meninggalkan Islam dan telah tidak lagi memperjuangkan Negara Islam dan berubah kepada Negara Berkebajikan. Ini tidak pernah disebut oleh pemimpin PAS terdahulu. Saya keliru kerana diulang-ulang dan disebut oleh media masa, sedangkan yang menyanggahnya jarang kedengaran. Apa pandangan dan nasihat Datuk kepada orang-orang seperti saya supaya teguh berdiri bersama PAS? Terima kasih Datuk.
 
Penyokong PAS Tegar, Dungun, Terengganu.

PIHAK yang memperkatakan kononnya PAS telah melencong dan terbabas dari perjuangan asalnya, dengan meninggalkan Islam dan berbagai-bagai lagi, adalah dakwaan media massa yang memusuhi perjuangan PAS.Tugas utama mereka adalah untuk mempromosikan parti pemerintah dan memburuk-burukkan lawannya terutama PAS. Dengan apa mereka hendak memburuk-burukkan PAS?

Itulah kerja media yang tidak senang dengan PAS. Selagi PAS teguh memperjuangan Islam, selama itulah Umno-Barisan Nasional tergugat dan akhir-akhir ini semakin tergugat. Oleh kerana itu mereka berusaha melemahkan PAS dengan apa cara pun.

Sebenarnya PAS tidak melencong atau menyeleweng dan jauh sekali daripada berubah dari Islam kepada yang tidak Islam. Mana mungkin PAS hendak berubah kepada yang tidak Islam.

Bukti yang paling nyata, Perlembagaan PAS yang ada sekarang, jelas tidak ada sebarang perubahan dan tidak pernah ada cadangan untuk berubah.
Perlembagaan PAS, Fasal 1, nama pertubuhan disebut Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Pada Perlembagaan PAS, Fasal 3, tujuan PAS ialah:

(i) Memperjuangkan wujudnya dalam negara ini, sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah.

Di dalam PAS ada Majlis Syura Ulama, yang di antara tugas utamanya, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan PAS, Fasal 7 (B):

“Mengeluarkan arahan dan perintah, supaya dasar dan ketetapan itu, dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memelihara, supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak di dalam Perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan gerakan dan pentadbiran PAS.”

Semua yang saya nyatakan berjalan lancar dan berada dalam keadaan baik, tanpa berlaku penyelewengan dan kelencongan.

Pihak yang menyatakan PAS sudah melencong dan berubah dasar perjuangannya, meninggalkan Islam dan Negara Islam dan bermacam-macam lagi, adalah suatu fitnah jahat yang semata-mata bertujuan memburuk-burukkan pejuang-pejuang Islam, yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam, sepanjang zaman.

PAS tidak berubah dan tidak pernah mengubah dasar-dasar utama perjuangannya. Taktik dan strategi boleh berubah mengikut keperluan.

Apa yang disebut Negara Berkebajikan menggantikan Negara Islam, itu sebenarnya istilah. Maknanya sama dan tidak berubah.

Malah menamakan Negara Islam dengan nama Negara Berkebajikan, tidak bercanggah dengan Islam.

Di dalam al-Quranul karim tidak terdapat istilah Negara Islam secara jelas dan terang. Yang ada seiras dengannya adalah istilah ‘Baldatun Tayyibah’ sebagaimana firman Allah (mafhumnya): “Sesungguhnya adalah bagi penduduk negeri Saba’, ada suatu tanda kemurahan Allah yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu dua bidang kebun yang luas lagi subur yang terletak di sebelah kanan dan kiri. Lalu dikatakan kepada mereka itu, makanlah daripada rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya dan negeri kamu itu adalah negeri yang Tayyibah (Baik atau berkebajikan) dan Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Pengampun.” (Surah Saba’ ayat 15)

Ketika Presiden PAS membentangkan istilah Negara Berkebajikan dalam muktamar yang lepas (Jun 2011), tidak ada sesiapa pun yang meragui istilah itu dan tiada sesiapa pun yang mempersoalkannya di dalam muktamar.

Biasanya, jika ada sesuatu yang tidak kena, ahli dalam muktamar PAS akan menimbulkan berbagai pandangan, teguran dan bangkangan. Yang ternyata muktamar telah menerima.

Apabila ini berlaku, maka ianya adalah sesuatu selaras dengan perjuangan PAS.Penyebar-penyebar fitnah ke atas pejuangpejuang Islam, bukan perkara baru, malah sejak dari zaman sahabat Rasulullah s.a.w, yang memperjuangkan Islam pada waktu itu, musuh-musuh Islam dari kalangan musyrikin dan munafikin, telah menyebar fitnah yang lebih besar.

Antaranya dahulu, mereka menyatakan, ‘Muhammad adalah ahli sihir, dia gila, pembawa cerita dongeng, pemecah perpaduan umat Arab, dia menyembah berhala (Kaabah).’ Berbagai-bagai lagi fitnah dilemparkan terhadap Nabi s.a.w dan para sahabat baginda.

Oleh yang demikian, anda tidak harus mengendahkan media-media musuh Islam yang memang itu kerja mereka.

PAS sekarang, tetap PAS seperti dahulu, tetap memperjuangkan Islam yang syumul, tanpa menghiraukan kata-kata orang menentang.

Berpandulah kepada hadis Rasulullah s.a.w (mafhumnya): “Akan sentiasa wujud di kalangan umatku segolongan orang-orang yang memperjuangkan Islam yang sebenar, tanpa menghirau celaan orang yang suka mencela, sehingga kemenangan yang nyata, berhasil pada akhirnya.” Wallahua’lam.

Artikel di atas dipetik daripada ruangan Bersama Dato' Haron Din yang disiarkan akhbar Harakah Bil. 1704 (8-11 Safar 1433/2-5 Januari 2012)

Majlis Fatwa : Dakwat Kekal Harus!


Kuala Lumpur, 11 Januari 2012 : Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) adalah harus dan dibenarkan.

Pengerusinya Prof Tan Sri Abdul Shukor Husin berkata, perkara itu diputuskan berdasarkan tiga kriteria iaitu dakwat tersebut tidak najis, tidak memudaratkan dan boleh menyerap air.

"Dakwat itu jika digunakan oleh umat Islam ia boleh diserap air jadi tidak akan menimbulkan sebarang masalah untuk menunaikan sembahyang,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mengenai perkara itu di Putrajaya.

Mesyuarat yang berlangsung di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia itu turut dihadiri wakil Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Jabatan Kimia, Kementerian Kesihatan dan para mufti.

Pada Disember lalu, SPR mengumumkan dakwat kekal jenis "silver nitrate" akan digunakan pada PRU13.

Dakwat itu adalah berlainan dengan dakwat kekal yang disyorkan pada pilihan raya umum 2008, namun tidak digunakan selepas keberkesanan kaedah tersebut dipersoalkan pelbagai pihak.

Mengulas lanjut, Abdul Shukor berkata, ujian yang dijalankan Jabatan Kimia dan Kementerian Kesihatan juga mendapati penggunaannya tidak memudaratkan atau pun memberikan kesan sampingan.

Bagaimanapun, katanya, keputusan itu adalah tertakluk kepada penggunaan dakwat berdasarkan sampel sama yang telah diberikan kepada Jawatankuasa Fatwa dan yang telah diuji sahaja.

"Jika SPR berhasrat menggunakan dakwat jenis lain, maka keputusan lain perlu dibuat. Tetapi difahamkan SPR hanya akan menggunakan dakwat yang sama,” katanya. [sumber


SPR sahkan dakwat kekal diguna pada PRU-13

7 Disember 2011 :  Dakwat kekal akan digunakan sepenuhnya dalam proses pengundian pada pilihan raya umum Kk-13 (PRU-13) yang dijangka diadakan tidak lama lagi, kata timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

kuala terengganu parliament by election spr ec announcement 051208 wan ahmad wan omarKatanya, penggunaan dakwat kekal itu selaras dengan keputusan Dewan Rakyat yang meluluskan 10 cadangan dalam laporan awal yang dikemukakanoleh Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) berhubung pembaharuan sistem pilihan raya di negara ini yang dibentangkan awal bulan ini.

“Dakwat kekal akan digunakan pada PRU-13. Itu hasrat dan SPR hormati keputusan Parlimen tetapi banyak perkara perlu diambil tindakan sebab babitkan pindaan Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981.

“Menerusi undang-undang baru ini, orang yang datang mengundi perlu dicalit dakwat, baru dapat kertas undi. Dulu (PRU-12) tidak boleh laksana sebab tidak ada pindaan, sekarang tidak ada masalah kerana sudah dapat persetujuan semua pihak.

“Bagaimanapun, tindakan pentadbiran akan diambil terlebih dulu termasuk menyemak kandungan dakwat bagi mengelak bahan kimia terlarang serta meminta pandangan Majlis Fatwa sekali lagi,” kata Wan Ahmad dipetik Berita Harian hari ini.

Akhbar berkaitan Umno itu juga memetik beliau berkata SPR sedang mengambil langkah melaksanakan keputusan itu dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara bagi mengelak sebarang pertikaian undang-undang pada masa depan.

azlanSelain penggunaan dakwat kekal, PSC juga membentangkan sembilan lagi cadangan dalam laporan awalnya yang diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 1 Disember lalu.

Ini termasuk pengundian awal, pengundi tidak hadir luar negara, pengundi luar kawasan, penukaran kawasan pendaftaran, pembersihan daftar pemilih dan pameran rang daftar pemilih tambahan, ketelusan proses mengundi, penambahbaikan proses pencalonan dan pengukuhan SPR.

Dakwat baru

Penggunaan dakwat kekal sepatutnya diperkenalkan pada pilihan raya umum Mac 2008, tetapi dibatalkan pada saat-saat terakhir.

Menurut SPR ketika itu, rancangan berkenaan dimansuhkan atas alasan mendapat nasihat daripada segi perundangan termasuk keperluan menggubal satu undang-undang yang membenarkan seorang pengundi yang tidak mahu kuku atau jari telunjuknya ditandakan dengan dakwat, diberikan kertas undi.

azlanBekas pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman pada satu wawancara dengan Malaysiakini pada Oktober lalu berkata beliau menganggap tekanan pihak berkuasa supaya penggunaan dakwat kekal dimansuhkan pada 2008 sebagai kegagalan terbesar dalam tempoh 26 tahun perkhidmatannya.

Malah, katanya, beliau juga menimbangkan kemungkinan  meletakkan jawatan, tetapi dinasihatkan oleh banyak kawan-kawan yang rapat supaya tidak berbuat demikian bagi mengelakkan krisis perlembagaan.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad juga dipetik oleh Berita Harian sebagai berkata, SPR akan membelanjakan kira-kira RM5 juta membeli dakwat baru kerana dakwat kekal yang sepatutnya digunakan pada PRU-12 2008 sudah dilupuskan selepas tamat tempoh. [sumber]

reaksi Najib


Risalah Negara Berkebajikan - Tawaran PAS [agenda 1]