21 October 2011

Persidangan ICT & Media Baru 2011 akan diadakan pada 22 Oktober 2011


bertempat di KUIZM, Taman Melewar Gombak Selangor. Semua peserta yang terlibat dijemput hadir. Ianya akan dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS.




************************************************************


Peserta

1. Jawatankuasa Lajnah Penerangan PAS Pusat.

2. Ahli Jawatankuasa ICT PAS Pusat.

3. Jawatankuasa ICT, JK Media Baru dan Jawatankuasa Penerangan Dewan-Dewan PAS Pusat.

4. JK ICT, JK Media Baru dan JK Penerangan Perhubungan PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan.

5. JK ICT, JK Media Baru dan JK Penerangan Dewen-Dewan PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan.

6. Ketua dan Setiausaha Penerangan PAS Kawasan-Kawasan

7. Ketua dan Setiausaha ICT PAS Kawasan-Kawasan.

8. Webmaster dan Facebooker Pimpinan PAS Kawasan-Kawasan (jika ada).


************************************************************


Aturcara Program
8.30 pagi - Pendaftaran para peserta
9.00 pagi - Aluan Pengarah Program
9.10 pagi - Ucaptama : “ICT dan Media Baru – Revolusi Teknologi Maklumat Menghadapi PRU ke-13”
Oleh: Ustaz Ghani Samsuddin, Pengerusi Lajnah ICT PAS Pusat
9.45 pagi - Kertas Kerja 1 : ”Kesepaduan ICT dan Pengurusan Maklumat Media Baru dalam memperkasakan Penerangan”
Oleh YB Dr Mohamad Fadzli Dato’ Haji Hassan, Exco ICT Kerajaan Negeri Kelantan
10.15 pagi - Kertas Kerja 2 : “Mobilisasi Media Sosial Dalam Mempengaruhi Generasi Muda”
Oleh YB Dr Ismail Salleh, Exco ICT Kerajaan Negeri Kedah
10.45 pagi - Kertas Kerja 3 : “Transformasi Media – Pengalaman Harakah Dari Media Cetak kepada Media Baru”
Oleh YB Dr Kamaruddin Jaafar, Pengarah Urusan Harakah
11.15 pagi - Soal jawab bersama pembentang kertas kerja

12.00 tengahari - Amanat Tok Guru dan Perasmian Persidangan ICT & Media Baru
oleh Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan
1.00 tengahari - Solat Zohor / Makan Tengahari

2.00 Petang - Persembahan Multimedia Sketsa IT & Perkongsian Halatuju IT
2.15 petang - Panel Diskusi ICT dan Media Baru :
1. Ahmad Lutfi Othman, Ketua Pengarang Harakah
2. Professor Dr Azmuddin Ibrahim (UniSel)
3. Moderator : YB Drs Khalil Idham Lim (Cina Islam)
4.00 petang - Resolusi Persidangan ICT & Media Baru 2011
4.30 petang - Penutup oleh
YB. Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
- Bersurai

18 October 2011

Himpunan Sejuta Umat

Assalamualaikum WBT Sahabatku Pemuda Se-Malaysia,
Jom join HIMPUN SEJUTA UMAT, Selamatkan Akidah Umat ! PAS turut menyokong himpunan ini.

Himpunan Sejuta Umat antara lain mempunyai objektif berikut:
a. Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gemburkan melalui media.

b. Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan di kalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.

c. Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.

d. Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.

e. Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.

f. Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.


15 October 2011

Hudud dan Undang-undang Syariah dilaksanakan di Brunei


ALLAHUAKBAR!!!  Mengikuti langkah Sultan Brunei ini. Betapa indah ungkapan Sultan Brunei ini: "Siapakah kita di depan Allah untuk berkata 'tidak' atau 'tunggu dulu' ?  sedang undang-undang ini bukanlah baru digubar tetapi telah termaktub didalam Al-Quran dan Al-Hadis. Sultan benar, sebab "Jika Allah dan rasulNya telah menetapkan suatu hukum, adakah pantas (patut) bagi kita untuk memilih hukum lain?"

DPP Segambut berasa amat bersyukur kerana bermulanya Undang-undang syariah dan hudud yang pertama di Asia Tenggara. DPP Segambut  menyokong penuh kepada sultan Brunei, semoga cita-cita kami mendaulatkan hukum Allah akan diberi tak lama lagi. Amiin ya Rabb..


7 October 2011

16 Kenyataan Tun Mahathir kepada wartawan pada...

1. Kenyataan Tun Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim : “Hukum rejam kepada penzina adalah primitive”.

2. Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1993 kepada para wartawan : “Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan”.

3. Ucapan Tun Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan : “Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam”.

4. Ucapan Tun Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan : “Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum-hukum yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?”

5. Tun Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992 : “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.”

6. Tun Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994 : “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.”

7. Tun Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994 : “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.”

8. Tun Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991 : “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.”

9. Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992 : “Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.”

10. Tun Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992 : “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.”

11. Tun Mahathir Mohamad 2/5/92 : “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama”.

12. Tun Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997 : “Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam”.

13. Tun Mahathir Mohamad 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO : “Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat”.

14. Tun Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997 apabila tiga orang gadis Melayu Islam ditangkap oleh lima pegawai JAIS : “Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa”.

15. Dato’ Rais Yatim di Hotel Equatorial, Bangi semasa merasmikan seminar Inter Faith Commission (IFC) dan diterbitkan di dalam infoline Majlis Peguam : “(Dalam masyarakat majmuk) tiada orang yang boleh mendakwa bahawa agamanya adalah agama terbaik dengan mengenepikan agama-agama lain kerana dengan mengatakan demikian akan memusnahkan prinsip persamaan (agama) dan prinsip kemanusiaan.”

16. Dato’ Nazri Aziz pernah secara terang-terang di satu forum anjuran Majlis Peguam : "Umno terpaksa menggunakan Islam kerana jika parti itu tidak berbuat demikian ia akan hilang undi kepada PAS".

6 October 2011

" HI TEA" SEPETANG BERSAMA HJ. MOHAMAD SABU (Timbalan Presiden PAS)


TARIKH   : 15 OKT0BER 2011 (SABTU)
MASA       : 4.30 - 6.30 PETANG
TEMPAT  : ANJUNG DAMAI (RUMAH YDP PAS BTR)
                     NO. JALAN DAMAI INDAH 4,
                     TAMAN DAMAI INDAH, CHERAS..
TURUT HADIR :-
   1. Tuan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan
        (Haji Mohamad Noor Mohamad)
   2. Ahli Parlimen Bandar Tun Razak
        (YAB Tan Sri Khalid Ibrahim)
Anjuran : PAS Kawasan Bandar Tun Razak.
JUALAN KUPON SUMBANGAN PRU KE 13 - RM 10.00 SAHAJA 

 Datang Beramai-ramai. Jom dengar!! Pencutus Reformasi Sejarah.